#43 Pembulian kepada JAKIM.

Semalam ialah hari yang sangat menyedihkan. Berbondong-bondong manusia tak mengira bangsa, warna kulit, fahaman politik, dan juga agama, bersatu hati menghentam dan mengkritik sebuah badan agama bernama JAKIM.

Puncanya cuma satu iaitu pretzel dog.


Kerana seketul pretzel dog, sebuah badan autoriti agama digegar. Mungkin bila sudah datang Dajjal sebenar (sebelum kiamat), kesemua badan autoriti agama akan diroboh dan dihancurkan pula.

Saya tak ada agenda tersembunyi. Saya cuma bersimpati dengan kekeliruan umat Islam hari ini.

Pertama, kita terlalu mudah dipermainkan oleh media alternatif. Macam drama melayu juga, seorang bapa ada 2 orang anak. Kakaknya baik lalu lebih disayangi oleh bapa. Maka adiknya dengki. Lama kelamaan, dengki itu membuahkan benci dan permusuhan. Lalu dia pun memikirkan bagaimana caranya untuk membuatkan si bapa hilang percaya kepada kakaknya. Satu ketika, dia nampak kakaknya keluar dengan lelaki. Dia ambil gambar tu lalu ditunjukkan kepada bapanya.

Dengan bersungguh-sungguh dia beritahu, "Sumpah ayah! Siti nampak Kakak berjalan dengan lelaki mana entah tadi. Mereka pergi menyewa masuk ke sebuah hotel bajet. Siti nampak dengan mata kepala Siti sendiri. Macam tak percaya Kakak sanggup buat macam tu".

Padahal Kakak dia sebenarnya keluar berlima dalam satu kumpulan. Tapi tadi dia ditinggalkan rakan-rakannya dan lelaki itu kembali ke belakang untuk mendapatkannya kerana takut dia tersilap jalan. Lelaki itu pun sebenarnya rakan sekuliah dan mereka pun keluar untuk mencari bahan bagi projek berkumpulan mereka.

Itu drama moden. Drama klasik pun dah ada. Saidatina Aisyah R.A pernah ikut Rasulullah di dalam sebuah peperangan. Tetapi ada sebuah insiden menyebabkan dia tertinggal (dipendekkan cerita). Dia mengambil keputusan untuk menunggu di tempatnya tadi dengan harapan tentera Islam tersedar yang dia tertinggal lalu mereka kembali untuk mendapatkannya. Tiba-tiba ada sahabat Nabi bernama Safwan Bin al-Muattal R.A ternampak Aisyah. Dia beristighfar dan memuji Allah. Dia cepat-cepat tarik untanya dan menyuruh Aisyah R.A untuk duduk di atas untanya. Lalu dia menarik unta itu. Sepanjang perjalanan ke Madinah mereka diam sahaja. Tak ada perbualan yang berlaku. Masuk sahaja ke dalam Kota Madinah, orang munafik pun nampak. Lalu api fitnah mula dibakar,

"Isteri Nabi Muhammad S.A.W berzina dengan seorang sahabatnya!"

Ada orang percaya. Dan menyebarkannya kepada orang lain.

Kembali kepada Pretzel Dog.

Media alternatif dan para munafikun sedang bekerja. Dan kerja mereka cermat dan halus. Apa tidaknya, isu halal yang besar ini pun berjaya disempitkan oleh mereka. Mereka tak mahu pandang apatah lagi fokus tentang faktor kebersihan, audit asingan terhadapat pusat kawalan dan distribusi, outlet,  bahan mentah, faktor teknikal dan lain-lain lagi. Sebaliknya mereka hanya fokus kepada 'dog' itu.

Mereka tahu umat islam sensitif dengan anjing. Jadi isu pretzel dog ialah target mudah buat mereka. Padahal antara nasihat JAKIM ialah agar nama itu ditukar kerana faktor kesopanan dan bukannya kerana nama itu membawa nilai haram. Sekalipun semua orang maklum bahawa 'dog' tidak bermaksud anjing, tetapi ia tetap suatu nilai tambah jika namanya ditukarkan kepada sosej. Sekadar nilai tambah kepada penduduk muslim kerana muslim ialah konsumer terbesar di Malaysia. Sekadar nilai tambah. Penyedap telinga.

Kedua, siapa mengharamkan siapa?

JAKIM tak pernah kata pretzel dog tu haram. Tapi umat islam telah awal-awal "mengharam jadah-kan" JAKIM.

Tiada sijil halal tidak bermakna tidak halal. Cuma bila ada sijil halal maka itu ialah nilai tambah dan pengiktirafan daripada pihak berautoriti.

Ketiga, pada akhinya kita mencari logo HALAL JAKIM juga.

Hari ini banyak makanan yang tidak halal tetapi diletakkan logo halal yang palsu. Ini kerana para pengeluar makanan ini tahu yang konsumer terbesar ialah muslim. Jika muslim boikot sesuatu produk, maka kesannya sangatlah signifikan. Oleh kerana mahu mendapatkan jualan dan kepercayaan, mereka sanggup menipu dengan cara-cara yang keji seperti menampal logo palsu.

Sebaliknya bila kita nampak logo halal yang JAKIM keluarkan, maka hati kita pun senang sebab kita dah tahu benda tu dah diiktiraf dan telah melalui sistem kawalan dan audit yang ketat. Pada penghujungnya, kita sendiri yang dimudahkan.


Sekarang, mari renungkan mengapa kita tidak boleh berlebihan menghentam JAKIM dan mana-mana badan agama.

Pertama, badan autoriti tidak membuat keputusan atas kapasiti sendiri. Mereka ada panel yang punyai latar belakang dan kepakaran yang pelbagai.

Kedua, supaya ada sebuah keputusan. Salah faham dan kekeliruan ialah suatu yang sering berlaku. Kerana itulah bila ada kekeliruan, perlu ada pihak ketiga untuk membuat pengesahan. Contohnya jika ada 2 orang membuat pertuduhan. Seorang kata dia nampak bahan haram diletakkan dalam makanan. Seorang lagi menafikan. Maka badan agama akan berperanan untuk menyiasat dan memberikan keputusan terhadap apa yang dipertuduhkan.

Ketiga, supaya tak membuka lebih besar ruang untuk Islam diperlekeh. Orang asyik menyalahkan autoriti agama sebagai memberi imej yang buruk kepada Islam. Padahal yang sebenarnya, 'orang yang menyalahkan' itu sebenarnya ialah imej Islam yang lebih buruk. Autoriti agama berperanan menjaga hal ehwal umat Islam di Malaysia. Supaya jika ada isu yang timbul, akan ada penyelesaiannya. Jika semua orang mahu membuat solusi sendiri, maka masalah baharu akan timbul. Dan akhirnya, semua orang akan cenderung untuk berfatwa sendiri dan menolak keputusan pihak berautoriti dan berilmu dengan jawapan, "Mengapa saya perlu ikut Islam awak, sedangkan saya ada Islam saya".

Keempat, retak-retak kecil ini akan merobohkan status Islam di Malaysia. Puak liberal agama pasti akan tersenyum dalam tidur mereka apabila institusi agama di Malaysia ini tiada. Sekarang ni mereka jangankan boleh tidur malam, nak mengantuk pun tak boleh. Bila sudah tiada institusi agama yang ada kuasa untuk membuat penguatkuasaan, maka lebih mudahlah bagi mereka untuk menjalankan agenda liberal mereka. Dan langkah pertama mereka dalam menjayakan agenda ulung ini adalah dengan menghasut umat islam supaya benci dan hilang kepercayaan kepada institusi agama ini.

Kelima, kerana badan autoriti agama di Malaysia bukanlah sehebat yang disangka. JAKIM sendiripun bidang kuasa mereka terhad. Bukannya boleh campur tangan dalam isu pentadbiran pun. Serupa juga dengan institusi mufti. Orang Islam yang keliru, akan terus menyalahkan mufti atas semua salah laku ahli politik kita. Contohnya dalam isu 1MDB. Mereka tak pernah penat memfitnah mufti kononnya mufti bersetuju dengan rompakan ini. Perlu kita ingat, kita ialah negara umat Islam bukannya negara Islam. Kita mengamalkan demokrasi bukannya syura. Kita menggunakan undang-undang yang diilhamkan oleh Lord Reid, bukannya undang-undang syariah yang diilhamkan daripada Quran dan Sunnah. Badan autoriti agama kita dah terlalu lama menjadi sasaran orang Islam yang jahil. Kita yang celik ini takkan mahu terjun bersama-sama mereka juga.

Kesimpulannya, saya juga ada banyak perkara yang tidak bersetuju tentang autoriti agama. Terlalu banyak pemerkasaan dan penambah baikkan yang perlu dilakukan. Tetapi sebagai umat Islam di Malaysia, saya tidak sanggup menaiki perahu yang sama, yang dinaiki oleh orang yang memusuhi Islam. Saya tak sanggup untuk berdiam diri menghancurkan agama sendiri, di tanah air sendiri.

Setidak-tidaknya saya percaya kepada kuasa 'menerangkan'. Enlightening, explaining, dan preaching.

Saya mahu dan akan buat itu. Jika anda mahu bersama-sama saya, mari kita mulakannya dengan diri sendiri. Tapi jika anda percaya bahawa perbuatan mengkritik, memperlekeh, menghina, memperbudak, dan 'troll' badan agama dan autoriti agama ialah perbuatan yang mendatangkan manfaat dan kebaikan, makan teruskanlah. Cuma, semoga berjaya.
Previous
Next Post »
60 Komentar
avatar

Exactly (y) . Was talking with a friend about this too. how easily muslims take this issues so lightly. Saya igt satu ustat pernah kata.perumpamaan Isu halal haram ni sama mcm racun. Islam x benarkan racun sbb merbahaya ..sama jgk dgn makanan haram. Tapi kalau org tu yakin dan dia makann (racun tu) dan dia mati ..maka x dosa pon.dia x di angap bunuh diri pun. Tp kemudaratan pada padan masih akn terkesan.

Balas
avatar

"On Tuesday, when contacted by The Star Online, Dr Sirajuddin said Jakim had recommended the name change in order for Auntie Anne’s to receive halal certification."

Petikan dari Star Online - bukan media alternatif.

ISLAM IS PERFECT, MUSLIMS ARE NOT.

Balas
avatar

apabila matlamat menghalalkan cara..maka terjadilah hentaman sedemikian tanpa usul periksa..terbaik artikel ni..

Balas
avatar

apabila matlamat menghalalkan cara..maka terjadilah hentaman sedemikian tanpa usul periksa..terbaik artikel ni..

Balas
avatar

Sy kurang bersetuju. Sy kira penulis mgkin xnampak impact kepada keputusan yg jakim buat pada masyarakat. Mgkin juga kurang teliti dgn mentaliti sebahagian kita yg menganggap xde sijil halal = haram. Ofkos jakim dihandle manusia yg tidak maksum. Bleh melakukan kesilapan. So jgn didik org jd taksub pada authority. Nk jd authority kene sedia dikritik dan kene nilai semua kritikan utk jd lebih baik.
Jakim jabatan agama islam. Nk keluarkan hukum memerlukan dalil. Jd apa dalil melarang penggunaan nama dog? Klu ada kenapa xditerangkan.

Balas
avatar

Alhamdulillah, ada jugak yang bersama bersuara berkenaan isu ini.

Balas
avatar

Kuih tahi itik juga perlu ditukar namanya.

Balas
avatar

Kuih tahi itik juga perlu ditukar namanya.

Balas
avatar

ni malaysia tongong oiiii..jgn jd bingai sgt..adab tu kna la jga..sensitiviti org melayu org islam kna la jga..ni negara islam tongong oiii..kalo kt china ka jepun ka mampoih p la..bodo nk mampoih..kalo ltk dog tu..tkot nt org tsilap phm..lgpn xslh pn letak sausage..ad nilai tmbh jugak..

Balas
avatar

Walaupun 'dog' itu bukan merupakan isi anjing (maaf cakap macam ni sebab nak sesama kita faham) yang diproses, namun namanya tak sedap didengar. Saya pernah melihat di kaca tv tentang pemprosesan hotdog ni di negara barat, ianya tidak menggunakan daging anjing (sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam). Kita sebagai umat islam pula, sewenangnya memanggil hotdog walaupun ianya bukan daging anjing. Kita mudah terikut dengan nama yang diberikan. Saya sendiri berusaha untuk tidak memanggil istilah hotdog kerana ia membuatkan saya serba salah untuk memakannya. Saya berusaha memanggilnya sosej. Bila kita nak perbaikinya, sesama orang islam pula yang mencemuh. Bayangkan kalau ada 'hotpig' pula dimasa akan datang, sanggup nak panggil walaupun bukan menggunakan daging babi? Bayangkan kalau kita tengok ada air mineral yang menggunakan nama yang kurang sesuai walaupun ianya sekadar air mineral, sanggupkah kita membelinya? Tentang hotdog, kita mudah terikut nama yang diberi oleh orang barat sebab kita dah terbiasa mendengarnya. Jangan asyik menyalahkan pihak berkuasa agama disebabkan nafsu kita terikat disebabkan mereka. Jangan disebabkan suka sangat pentingkan perut sendiri sampai lupa tentang perut orang. Tapi biasalah, orang islam di malaysia ni kan mudah melenting. "Kubur masing-masing, jangan jaga tepi kain orang". Istilah ni boleh digunakan kalau waktu kita mati nanti, kita mampu bergolek sendiri ke dalam kubur. Namun, kita tetap memerlukan orang islam sendiri untuk menguruskan jenazah kita nanti. Sekian, sekadar pandangan sahaja.

Balas
avatar

Sedangkan kalau kita minum air kosong tapi kita membayangkan minum arak pun dikira haram inikan pulak dgn nama.... bayangkan orang lain waktu bersama isteri pun dikira berzina bro..... itulah signifikannya isu ni.... Jakim nak jaga umat islam kat malaysia ni....

Balas
avatar

penerangan yg bermanfaat.diharap bce dgn hati yg terbuka.

Balas
avatar

Zaman ini zaman fitnah. Yg buruk akan dipuji, yg baik akan dikeji. Berhati-hati...musuh islam sentiasa memerhati. Quran dan hadis jdkan pegangan.

Balas
avatar

kalo ikut alquran dan sunnah kan senang....

Balas
avatar

Assalamualaikum

Pada pendapat saya, semua kedai melibatkan makanan sama ada bahan mentah atau siap masak, boleh diarahkan supaya memaparkan salah satu daripada 3 jenis logo:

1. Logo halal JAKIM
2. Logo halal jaminan kedai tersebut (bukan JAKIM)
3. Logo non-halal

Kewajipan display logo ini terang-terangan mungkin dapat menyelesaikan masalah kekeliruan pengguna.

Sekian pandangan saya.

Balas
avatar

korang yg beragama islam..jgn la jahil sgt..kalau korang nk sgt mkn produk Auntie Anne's tu..makan je la..x payah cari logo halal jakim..dari korang yg menjadi musuh dlm selimut..sepatutnya korang sokong jakim..sbb jakim menolong kita agar tidak berlaku kekeliruan & kesangsian para pengguna..kalau x silap..aku rasa "FRIDAY" pun x ada sijil halal..tp ada je org islam yg g mkn kat sana.. Lg1..dulu sblm pringles dpt sijil halal..ada je pengguna islam beli produk tu...korang mkn je pun..tp yg ni..x faham kenapa nk memperlekehkn jakim pula..cam aku..x kisah langsung.. Auntie Anne’s tu halal ke tak sbb aku x pernah makan pun produk2 yg mereka jual...lg2 pretzel dog..

Balas
avatar

Saya masih tak faham kenapa perlunya 'nilai tambah' utk ubh nama pretzel dog tu. This issue can make other religion make a joke on us. Ada penerangan lebih jelas?

Balas
avatar

tlog jgn jadi salah seorang umat islam yang bangkitkan islamfobia. benda simple jgn dperbesarkan.

Balas
avatar

Yang sibuk2 sangat nakkan sijil halal tu buat apa....???

Takder sijil halal pon boleh buka kedai makan...

Mintak sijil halal pada Jakim,... ikutlah apa yg Jakim mintak buat..

Satu dunia mereka kecohkan.... malukan mereka... ...!!!!!

Saya setuju 100% dengan pandangan Blogger ni....

Balas
avatar

Komen dr en Shaharuddin..sangat melambangkan islamic..tahniah

Balas
avatar

Komen dr en Shaharuddin..sangat melambangkan islamic..tahniah

Balas
avatar

Hadits Ketigapuluh Enam: KAPANKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN?

Dari Abu Hurairah Ra. Ia berkata: "Pada suatu hari ketika Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sedang berada dalam suatu majelis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, "Kapankah akan terjadi hari qiamat?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam terus saja berbicara. Sebagian yang hadir berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya." Sementara yang lain berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu." Sehingga apabila Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam selesai berbicara, beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah." Maka Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat." Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari qiamat." (HR. Bukhari)

Keterangan

Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi kesempatan yang sewajarnya. Ini berarti waktu kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.

Balas
avatar

sau·sage
ˈsôsij/
noun
noun: sausage; plural noun: sausages
a cylindrical length of minced and seasoned pork, beef, or other meat encased in a skin, typically sold raw to be grilled, boiled, or fried before eating.
minced and seasoned meat that has been encased in a skin and cooked or preserved, sold mainly to be eaten cold in slices.
"smoked German sausage"
used in references to the characteristic cylindrical shape of sausages.
"mold into a sausage shape"

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

tak perlu. sebab kuih tahi itik tidak komersial dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang Melayu. Melainkan satu hari nanti ia dikomersialkan dan diterjemah ke bahasa Inggeris, mungkin perlu letak nama lain, takleh letak 'duck's poo'.

Di Malaysia sendiri, hotdog tak jadi isu. sebab tak menimbulkan kekeliruan. tapi 'pretzel dog' ada yang keliru. Itu yang boleh sampai jadi isu.

Balas
avatar

Penerangan yg baik. cuma satu part kecil salah besar, iaitu term "memusuhi Islam" itu disalah gunakan. (definisi musuh Islam seeloknya diambil dari Al-Quran dan hadith bukannya pandangan peribadi).

Surah Mumtahanah jelaskan apa maksud musuh Islam dan cara berinteraksi dgn mereka.

1. musuh iaitu "orang yg memerangi kaun muslim dan menghalau keluar dari kampung halaman mereka" -> Hubungan dilarang didalam keadaan ini. dalam keadaan lain perlu berlaku adil.

2. Walaupun musuh Islam, Allah tetap inginkan kasih sayang antara kaum muslim dan musuh mereka( perdamaian).

Balas
avatar

Ya Allah. Adab teguran punyalah biadab.

Balas
avatar

setuju juga. bahkan kenapa dlm the star memetik dr sirajudin mengatakan kalau mahukan sjil halal pwelu tukar nama. kalau rasa tak betul, saman sja thestar. dok merintih buat apa.

Balas
avatar

kann...bukan nak saman the star sebab bagi info salah. dok merintih bab islam dikecam la, islam dihina la. lawan terus la. merintih meratap merayu buat apa.

Balas
avatar

Tk silap saya, dulu jakim dh pernah isytiharkan yg chocolate Cadbury haram. Tiba tiba satu hari, jadi halal balik. Saya confuse jgk sbnrnya.. Mcm mana nk percaya jakim kalau benda pon skjp boleh isytiharkan halal haram. Correct me if I'm wrong. Saya ni pon byk kelemahan dan tk byk ilmu.

Balas
avatar

Hadith bukhari muslim
halal dan haram itu jelas.antara halal dan haram ialah syubhah yg tak jelas. Menjauhi shubhah bererti menjaga agama. Dan syubhah itu menghampiri Haram...

Sbb itu digalakkan guna nama yg baik2. Ini benda yg jelas hukumnya.. boleh baca tulisan Dr Izhar UKM salah seorang panel dalam pengiktirafan makanan halal
Wallahualam

Balas
avatar

Hadith bukhari muslim
halal dan haram itu jelas.antara halal dan haram ialah syubhah yg tak jelas. Menjauhi shubhah bererti menjaga agama. Dan syubhah itu menghampiri Haram...

Sbb itu digalakkan guna nama yg baik2. Ini benda yg jelas hukumnya.. boleh baca tulisan Dr Izhar UKM salah seorang panel dalam pengiktirafan makanan halal
Wallahualam

Balas
avatar

Samseng tu jahat...
Samseng taik minyak tu samseng yg jahat lagi kotor sebab ada taik.

Balas
avatar

Makes me wonder if you'd touch a guinea-pig.

Balas
avatar

Exactly! I was talking about this with my boyfriend last night...sama jugak dgn systm pemerintahan kita yg skrg ni..apa yang berlaku skrg tak lain tak bukan hanya nak menjatuhkan kaum dn umat sesama sendiri..tanpa kita sedar ianya adalah satu permainan yang di reka dan di cipta oleh 'badan' dan 'org tertentu'...
Dan kita sedang dan telah pun dipermainkan oleh mereka mereka yang bijaksana..
Banyak lagi isu isu lain yang hampir sama dgn isu iNi, tp kenapa tak diketengahkan isu tersebut?

Balas
avatar

Kalau ada logo halal JAKIM kita boleh guna dengan yakin sebab kita yakin pada kesungguhan JAKIM memelihara halal haram produk kegunaan orang Islam. Kalau palsu apa nak buat kita tak tau. Hanya JAKIM saja yang tau. JAKIM KENA boleh kawal yang ini.

Balas
avatar

Hotdog mungkin boleh diterima kerana ia satu perkataan yg tak boleh dikatakan bermaksud ANJING Tetapi jika hot dog, ini jelas bermaksud ANJING. Oleh itu..jika Pretzeldog diguna..ia mungkin masih boleh diterima kerana ia satu perkataan yg tak dpt dinyatakan sbg beemaksud anjing. Namun jika ia adalah Pretzel Dog...mmg sah lah ia bermaksud ANJING.

Balas
avatar

Lumrah melayu kan..?
Tak melayu hilang didunia...

Balas
avatar

Itu pun dah keliru..lemah sangat ke..aduhaii..

Balas
avatar

Sape yang keliru tu xpayah la beli/makan sampai dapat kepastian..

Balas
avatar

Jakim bukan authoriti agama Islam. Perlembagaan menentukan bahawa hal-ehwal Islam ialah bawah kuasa negeri dan Raja-raja Melayu bukan perseketuan. Sehingga mintak rm1b budget setahun si Jakim. Jakim di prototaipkan dari institusi Wahhabi Saudi Arabia.. ia fenomena baru dalam dunia Islam

Balas
avatar

Sebab dah kena bayaran bawah dan setel..

Balas
avatar

I eat hot dog.. hihi..nak gaduh2 ni kenapa? Mcdonald yahudi pun ramai tok mentekedarah.. malas nak cakap panjang lebar.. 1 je nak pesan.. jgn terlalu menuding jari..yg halal banyak lagi..makanlah.. x makan pretzel ni x mati.. ok bai

Balas
avatar

Pakar2 ilmuan Islam...sila beri pencerahan. Dizaman kebiadaban umat ni mmg banyak manusia tin2 kosong yg takde ilmu tapi menyalak bising..Umat yg Jahil n bodoh sombong, Islam hanya pada nama, cuba nk bahas hukum halal haram setakat pakai akal yg tak seberapa & ilmu agama yg setakat buku teks Pendidikan Islam SPM...Kalau malas baca isu sebenar, jgn bersekongkol dgn yg jahil mengutuk agama sendiri.
Big fat empty vessels making so much noise...media, tok-tok menteri 'Islam' & umat 'Islam' included. Trying to 'look moderate'?..trying to take over Jakim's job? Give constructive comments, do not ridicule religion that you know nothing about. Go get educated first so that you dont spit out rubbish... otherwise just go play outside..


Balas
avatar

Tukar je nama roti makcik anne anjing bersimpul2... huhu

Balas
avatar

Nilai tambah bagi orang yang sentiasa mahu menjaga imannya. Kalau namanya hotpig nak makan tak?

Balas
avatar

Senang2 jer cop orang Islam jahil.. zaman nabi takde pun Jakim.. pirah wahhabi

Balas
avatar

Nama pun aqidah terbalik ke.. mu wahhabi lembik iman

Balas
avatar

Senang2 jer cop orang Islam jahil.. zaman nabi takde pun Jakim.. pirah wahhabi

Balas
avatar

BSMART ~ agreeable

Balas
avatar

Ini lah dunia akhir zaman.. cepat sgt mengiyakan perkara yg tidak pasti betul atau tidak. Pendek kata akal manusia sekarang hanya memikirkan hal yg boleh menyedapkan telinga sahaja.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443