"Aku panas! Panas!"

Bila dah terlalu lama tak menulis, nak melakar satu ayat pun dah jadi sukar. Terasa perlu bergelut dengan kemalasan. Terasa juga seperti sedang dipeluk kebuntuan. Tapi hati pula rasa menjerit mahu berkata-kata. Jadi jemari ini, terpaksa juga menari pada padang pena yang bisu ini.

Saya ditanya seseorang: "Saya nak berubah, nak pakai tudung labuh. Tapi saya takut. Macam mana nak tetapkan hati?"

Jangan tanya saya siapa yang tanya. Saya sendiri tak kenal kerana dia berselindung di balik nama anonymous. Tapi kalau dah namanya 'nak pakai tudung labuh' jelaslah yang bertanya itu perempuan.

Benda yang sama pernah berlaku kepada saya, masa saya mula-mula diminta untuk membimbing adik-adik. Saya mengeluh kepada murabbi saya, "Ana takut ana tak mampu. Ana takut riak dan ujub. Ana takut berlaku zalim pula."

Dia senyum-senyum sahaja. "Anta ni bangang ke apa?"

Oh. gurau. Dia tak cakap macam tu pun.

Tapi dia kata, "Sejak bila ubat kepada riak dan ujub ialah meninggalkan amalan? Kan Imam Ghazali dah kata, kalau kita meninggalkan ketaatan atas sebab takutkan riak, ujub, sum'ah dan yang sama erti dengannya, maka tindakan meninggalkan itulah riak dan takabbur yang paling besar sekali."

Apa kita ingat dengan cara kita meninggalkan ketaatan, kita meninggalkan kewajipan, atau kita bakul sampahkan kehambaan kepada-Nya, kita akan jadi lebih mulia? Jadi lebih sukses? Jadi lebih 'syuga' berbanding orang yang ambil amanah itu?

Benda ini banyak berlaku kepada kawan-kawan saya.

"Aku bukannya taknak pergi surau, tapi aku malulah."

"Aku bukannya takmahu pergi kuliah agama tu, tapi aku ni bukannya baik."

"Aku bukannya tak teringin nak masuk usrah, tapi aku ni bukannya bagus."

Ha. Baguslah kalau dalam diri timbul rasa begitu. Maknanya Allah sedang turunkan hidayahnya. Hidayah itu berlegar-legar di keliling panca indera kita, menggesel-gesel pada kulit tubuh kita. Tapi kita buta sangat kut, hinggakan kita biarkan sahaja ia berlalu tanpa kita ambil.

Atas kesempatan ini, saya cuma nak tekankan suatu perkara sahaja- Kalau rasa diri tu tak baik, kita tak akan jadi bertambah baik dengan berkata, "Aku ni jahat."

Beritahulah satu dunia pun,
Berucaplah depan seluruh alam pun,
Atau menjeritlah sampai seluruh flat dengar pun,

Adakah itu akan menjadikan kita lebih bahagia, lebih mulia, lebih ceria?
Adakah itu akan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah?

Cuba fikir. Kita panas. Kononnya baju kita disambar api. Kita terjerit terlolong, "Panas! Panas!" lepas tu ada orang dengar dan nampak. Dia nak tolong kita. Dia sudah ambil air satu baldi besar nak siram bagi api tu padam. Tapi kita pula lari. "Tak nak! Taknak!", kita mengelak. Lepas tu kita jerit semula. "Aku panas! Panas! Api! Api!"

Lepas tu apa jadi?
Hangit.

Samalah macam kita. Kita tahu kita tak baik. Kita tahu kita tak soleh. Kita tahu kita tak solehah. Adakah dengan kita beritahu orang kita jahat bla... bla... bla.. tu, kita akan jadi lebih baik?

Begitu juga dengan sahabat yang nak pakai tudung labuh tu. Usahakanlah. Hidayah dah ada. Cuma mungkin taufiknya (kekuatan) sahaja belum kunjung. Maka, berhijrahlah. Cari suasana yang lebih kurang pencemaran iman. Cari atmosfera yang kurang toksin jahiliyyah. Cari langit yang kurang tercemar.

Maksud saya, carilah kawan-kawan yang baik, yang boleh lebih membantu.

Dan jangan lupa, doa banyak-banyak.

Seperkara, tudung labuh bukan dipakai untuk suka-suka. Sebaliknya sekali ia disarung, anda sebenarnya sedang menyarung tag ghaib, "Aku nak jadi lebih baik."

Jadi kalau masa dibungkus tudung labuh pun perangai sama sahaja dengan sebelumnya, maka saya rasa baik kita ubah aspek lain dahulu seperti cara bergaul lelaki-perempuan bukan mahram.

Ini pendapat saya. Pendapat orang lain, saya pun tak mampu jangka.
Previous
Next Post »
9 Komentar
avatar

saya pun pernah teringin nak pakai furdah....=D

Balas
avatar

Syukran akhi..
entri neh membrikan stu jawpn kpd sy..;))

Balas
avatar

ngeri saya melihat gambar itu .. rasanya bukan di malaysia. pasti orang itu mati selepas itu, maka hilanglah siksanya.

tetapi disana nanti, kita tak mati2 .. bayangkanlah dan fikir2kanlah. !

Balas
avatar

Salam iqbal...

Rasanya macam entry ni kena sebijik atas kepala akak. Kononnya takut riak ujub, terus tak buat amalan tu.. Allah.

Balas
avatar

Assalamualaikum.

Teruskan memberitahu perkara yang baik-baik.

Balas
avatar

benar bagai dikata...

benda baik bukanlah hanya utk orang yang baik2 sahaja..

bahkan ia adalah peluang dan proses insan yg kurang baik utk jadi lebih baik..

nice sharing.. thanks..

Balas
avatar

Suatu Hari Hasan Al-Basri berjalan-jalan di Kota Basrah dan berjumpa seorang pemuda, lalu berkata

"Wahai pemuda berikan aku nasihat"

Dengan segan pemuda itu menjawab

"Wahai tuan, aku tidak belum layak memberi nasihat"

Maka jawab Hasan Al-Basri

"Ayat yang disukai syaitan adalah, :Siapakah yang layak memberi nasihat? Aku tidak layak memberi nasihat"

Kerana dengan ini, maka akan hilanglah amar makruf nahi mungkar di dunia ini...

wallahualam

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443