Wayang Kulit Manusia

Wayang Kulit Manusia
Manusia ialah makhluk yang sangat unik. Sesuai dengan pengiktirafan oleh Allah, sebagai 'diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya', manusia dihadiahkan dengan fitrah. Salah satunya, ialah fitrah untuk berhibur. Dengan itu, segala macam bentuk hiburan telah diciptakan dan dihidupkan oleh manusia, untuk memenuhi kehendak mereka yang satu ini.

Islam datang sebagai sebuah cara hidup yang mengawal manusia daripada berlebih-lebihan dalam berhibur. Logiknya, berlebihan dalam berhibur tidak lain dan tidak bukan, hanya menjadikan manusia itu semakin lalai, semakin kolot, semakin hilang fokus, dan semakin hilang ketamadunan. Bukan sedikit masyarakat yang sudah binasa akibat kekeliruan mereka, menyibukkan diri dengan berhibur semata-mata.

Inilah budaya hedonisma- berkubang dalam hiburan.

Apabila ditanyakan tentang hukum menonton wayang, secara tidak dipaksa-paksa idea tentang hedonisma itu muncul. Benarlah fatwa dari Syeikh Yusuf al-Qardhawi. Kalian boleh baca di sini. Hukum Tonton Wayang.

Bagi diri saya yang perasan baik ni... saya memang dah lama betul tak masuk panggung wayang. Pernah masuk pun rasanya tak sampai 5 kali, dan kali terakhir ialah pada tahun 2008. Awal tahun 2008.

Bagi saya, perbuatan menonton wayang ialah bukan perbuatan orang islam sebenar. Bukan juga perbuatan orang yang beriman. Pertama, kerana ia membazir. Kedua, kerana ia tidak berfaedah. Ketiga, kerana membantu industri syubhat (industri hiburan). Keempat, panggung wayang tempat yang bahaya. Kelima, kerana saya tak tahu saya mati bila.

Saya bukan memusuhi artis tempatan tetapi secara jujur dan sehabis jujur, saya membenci artis melayu islam. Kerana dalam sebuah filem (cth: Nur Kasih), pelakon wanita dan pelakon lelaki (juga) boleh pula menjadi 'lebih alim daripada orang alim', tetapi di luar filem, mengapa jauh langit dan bumi... jauh panggang dari api?

Tidakkah perbuatan sedemikian, mencemarkan maruah diri mereka, bahkan maruah agama islam, dan menjerumuskan mereka kepada kasta munafiqun? Nauzubillah. Saya tahu, kemungkinan para artis tidak akan membaca artikel ini, tetapi saya pasti bahawa peminat (penagih-pemuja) para artis akan membacanya.

Izinkan saya menegur kalian. Dalam sebuah hadis panjang, berkenaan akhir zaman, Rasulullah s.a.w telah membayangkan bahawa di zaman ini, para artis akan dipuja-puja dan diangkat-angkat seperti wira. Sedangkan para alim dan ulama, martabat mereka direndahkan hingga tidak lebih tinggi daripada bawah tapak kaki kita.

Apa yang artis sumbangkan?
Lupa mati + maksiat mata + membazir + ketagihan + masalah sosial + kebejatan moral = _______

A- syurga.
B- neraka.
Kalau kita yakin ada 'syurga' pada perbuatan kita 'menyembah artis', maka teruskanlah berbuat demikian.

Tapi masalahnya... kenapa bila mati, orang surau yang dijemput untuk menguruskan jenazah? Kenapa tidak, NGO yang bertanggungjawab 'melindungi' artis ini tidak terus menguruskan mayat?

Sungguh! Saya tak marah kepada artis, kerana adat mencari makan (walau harta mereka syubhat dan menghampiri haram) : "Bisnes akan berjalan selagi ada permintaan"

Siapa yang meminta? Kita. Ternyata kita tak boleh 'marah' artis sangat... kerana hakikatnya, kitalah yang menaikkan mereka. Kita ada saham atas kesalahan mereka. Jika bukan kita pun, mungkin ahli keluarga kita. Mungkin~

Islam datang dengan 5 bentuk penjagaan.

Pertama, menjaga akidah atau iman kita.
Kedua, menjaga diri kita.
Ketiga, menjaga akal kita.
Keempat, menjaga harta kita.
Kelima, menjaga keturunan kita.

Hiburan yang bagaimanakah yang memenuhi 5 aspek ini?

Dengan sebab itu, saya cenderung untuk membuat kesimpulan bahawa hiburan yang sebenar-benarnya, ia mestilah tidak menyebabkan keyakinan kepada Allah berkurangan (walau secubit). Dalam soal iman dan islam, ia adalah suatu yang tidak langsung kita boleh kompromi. Titah perintah Allah perlu tetap berada pada yang teratas. Mesti!

Hiburan itu juga tidak menyebabkan jasad dan fizikal manusia disakiti, terjejas (dan sama erti dengannya). Bukan sedikit orang yang melompat-lompat hingga penat badan. Bukan sedikit orang yang berhimpit-himpit dan berkemut-kemut dalam tempat yang sesak, semata-mata hiburan.

Ketiga, hiburan bagi saya, perlulah menjaga akal kita. Kita tidak jadi hanyut... jadi lalai... dan jadi lupa diri. Rasanya sudah banyak manusia yang hilang kawalan kepada diri, kerana asyik sangat berhibur. Otak jadi makin lembap. Kalau rasa keputusan exam mendadak jatuh, silapnya mungkin kerana kamu banyak sangat berhibur. Sebab yang pasti, banyak berhibur akan menyebabkan otak jadi sempit... akal jadi tumpul... kepala jadi dungu.

Keempat, dari sudut harta pula... hiburan tidak sepatutnya membuatkan kita berhabisan wang yang banyak. Tidak juga hiburan itu boleh membawa kepada jenayah seperti curi, tipu dan judi. Walaupun dalam istilah remaja, 'betting'. Zaman saya sekolah, saya ada juga betting-betting ni. Betting Arsenal lawan Chelsea. Konon, siapa menang dia akan belanja coklat 30sen. Sedangkan, walau 10 sen pun ia sudah jadi haram. Kini baru saya sedar, selepas beringgit-ringgit juga benda haram masuk dalam diri. Astaghfirullah... (masa tu saya tak tahu lagi)

Kelima, menjaga keturunan. Maknanya meluas. Antaranya, hiburan itu tidak boleh mempengaruhi corak atau pola pemikirana anak-anak kecil kita. Dan, hiburan juga tidak boleh menjerumuskan kepada penzinaan yang hasilnya, terjejaslah keturunan.

Pun begitu, saya melihat di sebalik nama hiburan, wujud satu peluang dakwah yang sangat besar. Antaranya ialah inesiatif warga yang prihatin, seperti halnya yang dilakukan oleh produser indonesia yang menghasilkan filem Sang Murabbi, filem Sang Pencerah, filem Ayat-Ayat Cinta, filem KCB, dan lain-lain. Sama, alternatif juga wujud pada musik dimana telah lama wujud lagu-lagu ketuhanan (nasyid) yang menyedarkan kita dan mendidik kita dengan cara yang dapat diterima oleh 'nafsu mahu berhibur kita'.

Walaupun begitu, saya akan katakan bahawa hiburan yang asli dan yang hakiki datang daripada kitab al-Quran. Saya tak jemu baca al-Quran. Tak akan pernah jemu. Dan orang beriman, seharusnya begitu. Jika dalam masa satu hari, kita boleh menonton drama, membaca majalah... tetapi tidak boleh membelek lembaran ayat-ayat cinta dari Ilahi, maka ada masalah pada iman kita. Kita ternyata tidak bersedia untuk ke syurga...

Yang akhir, saya tak meletakkan halangan. Kalian nak tengok wayang, kalian nak berkaraoke, kalian nak main bowling, nak main snooker, nak itu... nak ini... silakan! Tetapi ingatlah pada umat Palestin. Mereka berhibur dengan menangis. Mereka ketawa dengan doa. Mereka senyum dengan darah. Apakah layaknya kita untuk seronok... sedang di sana, mereka disembelih?

Renung-renungkanlah. Orang lain mati sebab banyak berkorban, kita pula mati sebab banyak berhibur... Malang....
  

Tahun 2008.


Ada banyak perkara yang saya rindu. Perkara-perkara yang sudah termaktub dalam sejarah hidup saya itu telah pun membutirkan buah pengalaman manis dan pahit, yang silih berganti, membangkitkan rasa yang sejuta. Pasti.

Saya merindui tahun 2008. Tahun yang mengubah sempadan iman saya, merubah paksi hidup saya, dan memacu arah tuju saya. Saya yang mahu mencapai dunia, akhirnya tersungkur di bumi Sang Pencipta.

Ada banyak benda yang saya rindukan dalam tahun ini. Saya rindukan masa-masa saya dalam jemaah tabligh. Sejujurnya, saya dihimpit kesedaran melalui gerak kerja jemaah tabligh. Here, the story begins...

Hingga akhir tahun 2009, saya komited menjadi anggota tabligh. Dari satu masjid ke masjid, kami beriktikaf dan melakukan islah. Saya senang begini. Jumpa orang... cakap tentang Lailahaillallah. Jumpa orang... ajak solat berjemaah. Jumpa orang... ajak datang masjid. Walaupun hanya berkisar kepada perkara-perkara seperti itu, saya seperti merasakan dekat dengan Allah. Saya temui keindahan rasa, apabila kita jadi benci melihat maksiat... apabila kita rasa kasihan melihat kemaksiatan orang lain... ah! pendek kata, saya rasa bahagia. Bahagia kerana mulut saya tidak berbual benda yang lagha'. Bahagia- kerana telinga saya tidak menggemari sembang-sembang lucah atau menghina. Bahagia- kerana mata saya tidak ditarik oleh nafsu untuk memandang mana-mana wanita tanpa sebab. Dan paling bahagia- kerana hati saya tidak rasa besar diri.

Tapi ada beberapa benda yang membuatkan hati saya tawar. Sahabat saya yang terlalu 'kuat' bertabligh, hingga berderet exam dia fail. Itu punca utama, kerana saya melihat dia gagal menjadi qudwah. Saya juga rasa terpinggir, kerana sikap sebahagian insan yang meminggirkan majlis ilmu. Bila lihat dengan mata sendiri, baru sedih itu timbul. Apa tidaknya... di saat ketua mereka berucap, mereka akan duduk berlaga lutut sesama mereka, tetapi apabila ustaz-ustaz yang mursyid berucap, mereka angkat punggung ke belakang. Bahkan ada yang tenggelam dengan ibadah sunat, meminggirkan kuliah agama yang nyata berada di tempat yang lebih utama- wajib (fardu ain).

Bahkan, dalam ceramah-ceramah mereka, banyak yang berucap tanpa dalil. Hinggakan saya membuat kesimpulan sendiri, golongan ini tidak menitik beratkan aspek ilmu, tetapi menumpukan semata-mata kepada dakwah dan ibadah.

Perkara-perkara berikut membuatkan hati saya tawar. Awal 2010, saya join tarbiyyah. Di sini, memang terlalu banyak ilmu yang saya kutip. Alhamdulillah. Memang terasa jiwa lebih terisi dengan ilmu. Dalam masa yang sama, saya sedikit demi sedikit makin menjauhi jemaah tabligh. Tidak lagi saya khuruj 1 hari setengah setiap bulan. Tidak juga membuat ziarah setiap minggu. Tiada.

Dan disana saya melihat, diri saya telah berubah. Sedikit-sedikit... saya melemparkan diri saya ke dalam binasa. Saya tersilap. Terlalu silap.

Saya meletakkan medium blog ini sebagai 'dakwah'. Saya menjadikan Facebook saya, sebagai 'dakwah'. Saya meyakinkan diri saya dengan berkata, "Sudah cukup!". Melihat readers yang makin hari makin ramai, membuatkan hati saya senang. "Alhamdulillah. Dakwah aku diterima".

Saya sendiri yang menuturkan begitu!

Dalam Facebook juga, saya kira lebih 800 orang daripada 1085 friends saya, saya tidak kenal. Bukan kawan masa sekolah, bukan kawan di kolej, bukan juga kawan di kampung, tetapi kawan-kawan di alam maya. Ada ramai juga yang saya tidak tahu siapa. Hanyalah saya klik 'accept friend request'. Hati saya berbisik sendiri, "Mereka add aku sebab mahukan kebaikan. So, accept aje lah"

Dan buat kali yang keduanya, saya mengulang kata yang sama, "Dakwah aku diterima. Alhamdulillah".

Dan dalam masa yang sama juga, saya 'berubah'.

Saya kehilangan respect daripada teman-teman. Jika dahulu, masa saya patuh dan tawadduk dalam jemaah tabligh, saya sering menjadi bahan rujukan untuk permasalahn agama. Lebih indah, jika saya ada bersama mereka, mereka tidak akan membangkitkan isu-isu yang hodoh (contoh: seks) tetapi selepas saya meninggalkan jemaah tabligh, saya seakan ditarik izzah dan kemuliaan oleh Allah.

Saya juga tenggelam dengan rasa 'syok sendiri'. Saya sudah tidak merasakan sedih kepada manusia yang berbuat mungkar. Saya terlupa untuk merasa kasihan kepada manusia yang belum taat. Saya kehilangan rasa cinta kepada manusia yang jahat. Cinta itu malap, dan digantikan dengan rasa cinta kepada pujian.

Saya bahkan tenggelam dengan sifat ujub. Saya terjerumus dengan sifat mahu berdebat. Saya hilang sabar, hilang hormat kepada orang tua. Hanya kerana saya 'pemuda yang lebih faham sikit' daripada orang tua itu, maka hati saya seakan mengejek dia. Ya. Mainan hati.

Dan paling berat, hati saya seakan-akan dirantai. Saya makin hilang fokus pada ibadah. Saya makin jauh daripada khusyuk. Saya makin jauh daripada ihsan. Seakan-akan saya telah kehilangan cinta Ilahi.

Saya jadi makin sukar untuk berkorban.

Saya jadi makin malu untuk berdakwah secara terus.

Saya jadi makin pengecut untuk menegur maksiat secara terus.

Inilah yang berlaku pada saya. Saya jadi hilang diri saya yang lalu. "Aku boleh berdakwah sendiri", itu kata-kata saya untuk menyedapkan hati. Tapi apa yang terjadi, saya tiada tenaga. Saya tak mampu! Saya tak berdaya!

Hari ini.

Saya merasa terbeban dengan ilmu yang saban hari mengasak ruang kepala. Saya perlu mula beramal dengan ilmu. Saya perlu mula mencari madu' ! Sungguh! Saya sekarang 'menunggu orang datang', sedangkan dakwah yang benar ialah 'mencari orang untuk didatangkan'.

Saya mahu membuka belitan keangkuhan, kerana firman Allah dalam surah al-Alaq benar-benar menyuntik rasa bersalah dan berdosa. Ah. Kau memang celaka, wahai diri.

Ingatlah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Dengan sebab dia melihat dirinya sudah serba mencukupi. 96; 7-8

Adakah dengan menulis, kita sudah islam?

Jika 'ya', mengapa masih ramai manusia yang berbuat maksiat? Kerana persoalan yang timbul sekarang, kamu sedang menunggu madu' sedangkan kamu sendiri yang patut mencari madu' !

Kamu pengecut! Kamu tak berani untuk menegur orang yang berbuat maksiat. Alasannya... "Saya seorang diri"... "Saya sudah membenci dalam hati"... "Saya belum bersedia". Huh! Itulah kamu!

Kamu kejam! Kamu tidak merasakan kasihan kepada orang yang teraba-raba kebenaran. Pernah kamu pergi berjumpa kawan kamu yang non-muslim lalu bertanya, "Kau nak dengar cerita pasal islam?" Pernah? Bertahun-tahun kamu berkawan dengan dia, tetapi satu perkataan tentang dakwah tidak juga keluar dari mulut kamu. Alangkah malangnya!

Saya mahu kembali. Saya tak mahu jadi pendakwah di alam maya semata-mata, tetapi saya mahu juga menjadi pendakwah di alam realiti. Saya tak mahu berbolak-balik dengan alasan lagi. Saya sudah tenat. Dan saya harap sisa baki usia ini Allah kurnia kepada saya untuk taubat dan menjalani hidup yang aman, dalam dakwah.

Benarlah kata 'mereka', kita boleh jadi ulama, tetapi belum pasti kita boleh jadi ulama yang ikut jalan Rasulullah s.a.w.

Dan saya teringat, Rasululllah s.a.w wafat, meninggalkan sahabat r.anhum seramai 124 ribu lebih. Dan hanya segelintir sahaja mereka yang benar-benar alim dalam agama, tetapi kesemua 124 ribu lebih itu ada buat dakwah!

Kita? Bila lagi baru nak mula bercakap dengan mulut tentang islam?

Saya mahu kembali. Jika ada yang bertanya tentang fikrah saya, maka bagi itu tiada jawapan. Saya sokong semua yang selari dengan islam sejati. Saya tak bias, kerana saya teguh berpegang dengan mazhab ahli sunnah wal jamaah. Jangan selepas ini... ada orang yang tak mahu baca blog saya kerana alasan "dia orang tabligh". Jika ya, ketahuilah... anda seorang extremist!

Tolong tonton dua video ini.



Wahai diri, dahulu kau sering mengelak kerana alasan tiada ilmu. Sekarang kamu sudah berilmu, maka mahu ditunggu apa lagi?
   

Cinta Abang Ben dengan Kak Long

Cinta Abang Ben dengan Kak Long
 Moga Allah suburkan cinta antara Abang Ben dengan Kak Long~

Remaja dan cinta, suatu yang tidak mampu dipisahkan. Cinta ialah ujian, dan cinta juga ialah cabaran buat setiap yang bergelar manusia, terutamanya remaja.

Selepas membaca sebuah artikel panjang di laman sosial Facebook, dan membaca hujah-hujah serta perbahasan berkenaan artikel ini, saya dapat memahami sesuatu dan ia akan saya kongsikan dengan kalian di sini.

Tapi sebelum itu, saya sangat berharap agar kalian dapat menghadam terlebih dahulu akan apa yang terkandung dalam dua pautan ini.
  1. Couple dan zina hati
  2. Perbahasan dan perbincangan tentangnya.
Pertama sekali, saya nak kata saya sangat serabut dengan manusia yang sikit ilmu tapi banyak bercakap. Bercakap itu bukan hanya terbatas dengan mulut, tetapi dengan tulisan dan juga dengan membuat video atau snippet murahan. Baru sebentar tadi saya bukak you-tube dan menonton beberapa buah video yang sangat kontroversi, yang disiapkan oleh orang yang dangkal dalam agama dan banyak mulutnya.

Keduanya, islam ialah agama wasatiyyah iaitu bersifat sederhana. Tidak extreme, dan tidak juga terlalu longgar. Malangnya, dalam soal cinta, wujud golongan extreme yang menolak untuk berada di jalan pertengahan, seterusnya membelakangkan prinsip islam yang asli tadi, iaitu besederhana dalam perkara-perkara yang bukan pokok. Islam mengajar ummat untuk tegas tentang soal pokok (akidah) tetapi berlapang dada dalam soal cabang (furu').

Sebelum menulis, saya ada merujuk kepada artikel-artikel Ustaz Hasrizal di laman sengsawang beliau. InsyaAllah, jika artikel yang saa tulis ini ada benarnya, maka terimalah tetapi jika ada yang silap, saya berlindung dengan Allah daripada kelemahan diri saya ini.

Isu Lapuk.

Isu cinta, saya kira menjadi satu bahan perbualan dan perbincangan yang masih tidak temui sudahnya. Ada yang meletakkan berbagai definasi bagi cinta, tetapi saya meletakkan cinta itu sebagai sebuah kekuatan yang mendorong si pemilik cinta untuk memiliki apa-apa yang dia cintai itu.

Sungguh! Cinta itu ialah satu fitrah kurniaan Allah. Al-Quran ada bercerita tentang cinta, bagaimana cinta itu banyak bahagiannya. Cinta kepada kebaikan, keimanan, kekuasaan, harta benda, nafsu dan lain-lain. Maka, satu kesimpulan dapat dibuat, iaitu cinta itu boleh mendorong manusia kepada melakukan kemungkaran dan boleh juga mendorong manusia untuk melakukan kebaikan.

Cinta yang membawa kebaikan itu jelas, dan cinta yang membawa kemungkaran itu juga jelas. Antara keduanya, ada satu lagi isu yang dinaikkan sejak mutaakhir ini iaitu berkenaan zina hati.

Dan banyak sekali soal jawab berlaku tentang zina hati, kerana ia sangat rapat juga dengan persoalan couple yang menjadi trend dan budaya remaja tidak terkecuali orang dewasa. Dan berkenaan zina hati, ramai yang bersikap egois dan menidakkan cinta, kerana bimbang terjebak dalam kancah zina dalaman ini.

Ya Allah. Berilah petunjuk kepada aku untuk meneruskan penulisan.

Saya berkongsi sebuah cerita tentang Abang Ben dengan isterinya Kak Long.

Beberapa tahun dahulu, Abang Ben meminati seorang akhawat medic yang belajar di Mesir, Kak Long. Perkenalan mereka aneh-aneh sahaja. Tidak pernah bersua muka, tidak pernah juga mendengar suara. Hanya kerana sebuah tanggungjawab dan komitmen dakwah, Abang Ben mengenali Kak Long dan ia hanya terhad kepada hasil tulisan Kak Long sahaja.

Abang Ben yang masih belajar pada masa itu hanya mampu memendam rasa, tapi dalam masa yang sama, dia memberanikan diri untuk menegur kak long. Entah dari mana kekuatannya, akhirnya Abang Ben sanggup meluahkan hajatnya untuk memperisterikan Kak Long. Masa itu, mereka masing-masing di usia awal 20-an.

Kak long terkedu. Diam sesaat. Mukanya merona merah. Ya! Siapa sangka, rupanya Kak Long juga memendam rasa yang sama.Tanpa masing-masing sedar, rupanya sedia wujud rasa yang aneh antara mereka.

Abang Ben meletakkan sebuah janji- dia mahu meminang Kak Long dalam tempoh dua tahun lagi. Abang Ben di Malaysia, dan Kak Long pula di Mesir. Cadangan Abang Ben itu disambut baik oleh Kak Long. Tetapi awal-awal lagi Kak Long memberitahu bahawa kuliahnya masih belum habis dan dia masih akan terus berada di Mesir, paling kurang untuk 4 tahun yang mendatang. Tempoh 2 tahun yang Abang Ben kata tadi ialah tempoh untuk Abang Ben menamatkan kuliahnya, dan terjun ke dalam alam pekerjaan.

Rancangan dua insan yang sedang berkongsi rasa ini tidak diketahui oleh ibubapa masing-masing. Ini hanya janji yang dipahat antara mereka berdua dan pasti, Allah sebagai pemerhati mereka.

Abang Ben pernah ditanya, "Jika dalam tempoh 2 tahun itu, ada lelaki lain melamar Kak Long melalui ibubapanya... Abang Ben nak buat apa?"

Sambil tersenyum, Abang Ben menjawab. "Jika ibubapa dan Kak Long sendiri menyenangi lelaki itu, maka abang hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka. Tetapi abang tahu... jodoh kita sememangnya Allah telah tentukan. Jika benar Kak Long itu jodoh abang, abang yakin Allah akan mudahkan semua urusan kami dan satukan kami. Abang yakin itu... dan abang hanya mampu berdoa dan berusaha..."

Abang Ben sangat memahami konsep usaha dan takdir. Dua tahun telah berlalu. Abang Ben menghantar rombongan untuk meminang Kak Long. Majlis dijalankan sederhana cuma, kerana Kak Long pun masih dalam kuliahnya. Mereka bertemu, dan berpisah dek komitmen masing-masing. Tapi tautan hati mereka kekal utuh, hingga kini dan selamanya, insyaAllah.

Dan persoalannya, adakah Abang Ben dan Kak Long berzina hati sepanjang dua tahun itu?

Saya akan katakan ia bukannya zina hati, tetapi motivasi. Abang Ben, saat tersedar bahawa Kak Long menantinya, dia tidak lagi cuai dalam pelajarannya. Dia bersungguh-sungguh dalam program dakwah dan tarbiyyahnya. Dia juga berusaha keras menjadi insan yang berdikari. Segala ilmu yang kurang, dia tambah. Segala harta yang tiada, dia cari. Segala kematangan yang tumpul, dia asah. Segela kelemahan yang bocor, dia tampung. Tempoh 2 tahun tadi menjadi satu tempoh untuk dia berubah, menjadi a better muslim.

Kak Long juga sama. Dia bersungguh-sungguh dengan kuliahnya. Dia juga semakin menjaga diri dan pergaulannya. Dia juga semakin hebat amal ibadahnya, juga ilmu agamanya, dan tak lupa, akhlak cermin dirinya. Tempoh dua tahun itu menjadi satu tempoh yang paling bersejarah dan saksi diri- menjadi a better muslimah.

Inilah yang saya ucapkan kepada kawan-kawan yang bertanya tentang cinta.

Cinta itu fitrah. Allah beri kepada sesiapa yang dia kehendaki. Kita tidak boleh memaksa diri mencintai orang kerana perasaan yang beputik dalam hati, segalanya kurniaan Allah. Dan islam melayan perasaan-perasaan itu sebagai suatu fitrah.

Salahkah jatuh cinta?

Sungguh! Ia bukan suatu kesalahan. Tetapi mengapa ramai yang meletakkan 'kau telah melakukan dosa besar' hanya kerana seorang ikhwan itu jatuh cinta kepada seorang akhawat?

Ada jalannya! iaitu bernikah!

Dan inilah juga saranan saya kepada orang yang bertanya tentang cinta kepada saya. Soalannya, "Saya ada teman wanita. Apa perlu saya lakukan?". 

Orang itu tanya orang A, orang A kata, "Kau putus sekarang!".
Orang itu tanya orang B, orang B kata, "Kau telah melakukan zina hati".

Atas alasan mengingati orang lain lebih daripada Allah

Ya. Saya akan katakan tidak wajar untuk mengingati orang lain lebih daripada Allah kerana dalam surah al-Anfal ayat 2, sifat mukmin sejati itu ialah "apabila disebutkan nama Allah, maka gementarlah hati-hati mereka"

Satu nota refleksi. Kebanyakan kita, apabila disebut nama orang yang kita suka itu, gementar hati kita. Rasa terbuai-buai, sedangkan apabila nama Allah disebut, tidak pula terasa apa-apa! Adilkah kita membahagiakan hati kita dengan cara begini?

Sambungan kisah Abang Ben...

Sepanjang tempoh 2 tahun tu, dia dengan Kak Long banyak berbincang. Antara yang dibincangkan ialah perancangan selepas kahwin. Dan dalam masa yang sama, Abang Ben berfikir beberapa perkara dan bersedia dengan solusi pada situasi itu.

1- Bolehkah aku menerima hubungan jarak jauh Malaysia-Mesir?
2- Mampukah aku menerima doktor sebagai teman hidup?

Itu antara benda yang dia fikirkan dan bersiap.

Dan saya nak bertanya lagi kepada orang yang suka menggunakan perkataan zina hati. Adakah rancangan Abang Ben-Kak Long untuk bernikah ini dikira zina hati?

Kerana 'zina hati' itu kerap dikaitkan dengan 'orang yang macam faham agama', maka saya terkilan kerana ada juga manusia yang lebih berkenan untuk berpisah daripada mengajak teman lelaki/wanita yang sedia ada untuk berubah sama-sama. Sama-sama jadi baik.

Ustaz Kamaruddin Shaadan selalu berpesan kepada anak muda. "Kepada sesiapa yang sudah ada teman lelaki atau teman wanita, maka silalah ajak mereka berubah sama-sama. Katakan saja, jika kamu tak mahu berubah, maka saya tidak akan teragak-ragak untuk tinggalkan kamu".

Bukan sedikit yang berubah melalui cinta. Tapi banyak juga yang dilalaikan oleh cinta!

Sebagai contoh bagaimana cinta melalaikan kita:
  • Selepas bercinta, tumpuan untuk beribadah jatuh merundum.
  • Selepas bercinta, tumpuan untuk menimba ilmu hilang.
  • Selepas bercinta, banyak terjebak dengan benda sia-sia
  • Selepas bercinta, jadi lebih banyak buat dosa samada kecil atau besar.
  • Selepas bercinta, jadi lebih utamakan awek daripada sahabat
  • Selepas bercinta, jadi makin banyak membazir dan boros
  • Selepas bercinta, lupa Allah
  • Selepas bercinta, lupa keluarga
  • Kesimpulannya, yang buruk-buruk belaka.
Hah! Di sana barulah betul jika kamu nak salahkan cinta! Tetapi banyak orang yang menyalahkan cinta sedangkan cinta yang patut disalahkan ialah apa-apa yang datang bersama cinta yang tidak dikawal ini!

iaitu rasa nak enjoy!

Jika di saat ini kalian sudah ada pacar, maka jalan terbaik ialah nikah! Jika tidak mampu, maka buat macam Abang Ben dan Kak Long buat iaitu BERUBAH KEPADA KEBAIKAN, kerana apa yang saya nampak pada Abang Ben dan Kak Long ialah cinta mereka bermatlamat!

Cinta Yang Bermatlamat.

Iaitu cinta yang meletakkan syurga Allah sebagai destinasi. Dengan sendirinya, pihak lelaki dan pihak wanita akan merubah diri. Apa yang Allah suka, itulah apa yang sepatutnya pasangannya suka. Dengan ini juga, tidak akan berlaku....
  • Bergayut di telefon, kerana kedua-dua belak pihak faham yang ada banyak benda yang mereka patut dahulukan
  • Membazir beri hadiah selalu, kerana mereka faham selepas kahwin lagi banyak duit nak kena pakai
  • Bermanja-manja, kerana mereka faham bahawa itu ialah nikmat selepas nikah
  • Dan lain-lain...yang banyak remaja sedang buat.
Kesimpulan.

Jika ada lagi orang yang datang bertanya saya tentang cinta, maka saya akan ulang jawapan ini.

"Kita cuma perlu ubah cara kita bercinta, dengan menjadikan cinta itu bermatlamat, iaitu syurga"

Wanna break the relationship? I hope not. Better change then!
   

    Saya rasa saya saya suka dia

    Soalan yang ditanya ini, sebaiknya dipanjangkan kepada Dr. Cinta. Boleh ya Fawa? tolong jawabkan. *senyum*

    Begini.

    Saya cuma boleh kata, di zaman-zaman seperti hari ini, untuk mengelakkan ikhtilat, ia adalah suatu yang sangat sukar. Dan untuk mencari jodoh juga, ia juga suatu yang sangat sukar. Kerana keterbukaan dan mind-set seseorang itu berbeza, maka expectation terhadap output selepas bernikah juga berbeza.

    Jadi bagi saya, bukanlah ia suatu yang salah untuk menyukai seseorang dan berhasrat untuk bernikah dengannya. Jika benarlah cinta dan hasrat untuk bernikah itu suatu yang buruk, maka mengapa Allah jadikan ia sebagai fitrah? Kenapa masih Allah berikan manusia, sifat cinta kepada pasangan yang berlainan jantina, jika Dia tahu ia adalah suatu yang merosakkan?

    Maka solusinya diberikan bersama-sama, iaitu dengan jalan pernikahan.

    Dan pasal nikah inilah yang susah. Kerana ia memerlukan kepada perbincangan demi perbincangan antara banyak pihak. Antara saya, dengan dia. Antara saya, dengan parents dia. Dan tak lupa, antara saya, dengan parents saya juga.

    Saya fikir, jika berhubung pun sebolehnya bergerak kepada perkara yang surface sahaja. Jangan terlalu asyik bermain kata kerana bimbang diri terjerat dengan perangkap syaitan yang licik.

    Dr. Cinta pernah berpesan dalam entry dia disini. http://dirikudrcinta.blogspot.com/2011/03/ikhtilat-awak-jangan-buat-saya-jatuh.html

    Kalau betul kita suka dekat seseorang dan ada niat untuk bernikah dengannya, maka perkara pertama ialah bawa berbincang. Janganlah di ajak untuk couple entah apa-apa tapi ajak berbincang elok-elok. Pergi jumpa parents dia, kata "Gua suka anak uncle!"

    Ada berani?

    Kalau tak ada berani, rasanya tak payah la serius sangat layan perasaan yang fitrah itu, bimbang ia jadi fitnah.

    Sekian saja cerita untuk cinta *smug face*

    Untuk Gay/Penkid.

    Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21, "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat Allah ialah Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"

    Ayat itu jelas, tetapi di hujungnya, masih Allah menyerahkan tugasan 'berfikir' kepada kita kerana hanya kaum yang tidak berfikir sahaja yang boleh tersilap. Izinkan saya membetulkan mana-mana yang telah bengkok, dengan artikel yang ini. Dan kepada Allah saya serah hal ini kembali.

    Like Pole Attract?

    Tidak perlu untuk seseorang memiliki ijazah dalam bidang fizik untuk dia faham benar-benar, bahawa sifat magnet ialah saling bertarikan jika kutub berbeza dan akan menolak, jika kutub sama (like poles repel).

    Sama halnya dengan manusia. Lelaki diciptakan untuk wanita dan wanita juga diciptakan untuk berpasangan dengan lelaki. Cuma, ada yang telah dilencongkan nafsunya. Akhir, mereka melempiaskan nafsu mereka kepada kaum yang punya ciri yang sama seperti mereka.

    Ia adalah suatu yang salah, tetapi saya lebih selesa untuk mengatakan bahawa adalah suatu kesilapan dan ruang serta peluang untuk membuat pembaikian sentiasa ada.

    Al-Patah

    Maafkan saya jika ia suatu yang kasar. Tetapi saya mahu kalian melihat kepada sebuah figura yang sangat indah pekertinya iaitu Sultan Mahmud al-Fateh. al-Fateh ialah seorang lelaki muda, dan dirinya tegas, keras dan tangkas. Dirinya tanpa lemah dan tanpa gusar, sedia memimpin gerombolan tentera islam meranapkan tembok-tembok dan kubu-kubu pertahanan musuh. Lalu, islam bersinar di bawah pimpina al-fateh ini.

    Namun, semangat juang al-Fateh tidak terus diwariskan kepada kita. Ia semakin sirna kelama-lamaan dan akhir, lahirlah golongan al-patah, yang kabur dengan sejarah al-fateh.

    Nasihat saya.

    Akhir zaman, kita akan melihat kebanjiran kaum wanita. Bilangan kaum wanita bekali-kali ganda lebih ramai, hingga dalam hadis, diceritakan nisbah itu pada hujung dunia... akan menjadi 1:50 dimana seorang lelaki akan melindungi 50 orang wanita.

    Dalam masa yang singkat ini, lihat pula pada diri kamu. Mungkin ada sedikit rajuk yang melekat, hingga kamu berputus asa untuk menjadi lelaki. Persoalan itu ialah 'mengapa'?

    Mengapa kamu memilih untuk menzalimi diri sendiri, hingga memilih diri yang sama jantina sebagai teman? Kamu kecewa dengan mereka kah? Hingga memilih lelaki sebagai teman tidurmu? Yakinlah... saat dirimu mula menangkat kaki untuk melangkaui sisi fitrah, kamu sudah pun meletakkan diri kamu dalam sebuah bencana perasaan. Saya jamin dan saya yakin, diri kamu tidak akan sekali pun menerima bahagia dan tenang kerana sekali fitrah di fitnahkan, maka pintu untuk bahagia telah Allah tutup buatmu.

    Lihatlah apa yang terjadi kepada saudara agama kita Mohammed Fazdil Bahari (Fatine Young), yang kononnya bahagia tetapi di akhir, dia hampir sahaja bertindak memutuskan nyawa. Dan jika ada peluang, saya mahu bertanya kepadanya, "Bagaimanakah rasanya saat diri membelakangkan fitrah?"

    Gadis Kuat.

    Penciptaan wanita ialah dari tulang rusuk lelaki, dan memang diceritakan dari dalam hadis, ia begitu. Wanita dihadiahkan dengan sifat lembut, di mana kelembutan itulah yang mencairkan segunung ego lelaki. Dan pada kelembutan itu jugalah, selautan degil lelaki dapat dibekukan. Namun, sedang diri diciptakan bersama sifat lemah-lembut dan kaya dengan cinta, tetap Allah memilih wanita untuk menjadi tempat dimana bayi dikeluarkan, untuk menggenggam tanah dunia.

    Saya kagum dengan wanita, kerana pada saya, wanita ialah makhluk yang sangat istimewa. Terus-terang, wanita ialah kaum yang sangat istimewa dan istimewa itu lebih dekat tempatnya dalam hati.

    Namun, kewujudan gadis kuat nan kasar tidaklah dapat disangkal. Memang ada yang tercemar dengan sikap kasar lelaki, tetapi ia suatu yang bukannya tidak boleh dilembutkan semula. Cuma, persoalan yang terbit ialah mengapa ada sesetengah gadis yang bermata jeli, dan berkulit mulus, memilih untuk sama seperti geng al-patah untuk membelangkangi fitrah kejadian Tuhan?

    Saat naluri keibuan dicantas, bolehkah ada bahagia.

    Bohong!

    Teruslah berbohong, jika kamu menjawab ia sebagai 'ya' kerana saya yakin benar bahawa tidak ada ruang bahagia untuk insan yang telah mencemarkan fitrah, pemberian istimewa Tuhan kita. Ya! Tuhan kamu!

    Solusi.

    Mahu atau tidak, ia bermula dengan diri kamu sendiri. Jika kamu bijak memilih untuk hidup dalam nilai fitrah ketentuan Ilahi, maka kamu jelas telah berbuat keputusan yang cekap kerana ia bukan sekadar memberi kesan pada kehidupan duniamu yang sementara, tetapi turut sama kehidupan akhiratmu.

    Sedikit ancaman mungkin boleh membuka minda kamu. Tetapi islam bukanlah semata-mata memberi ancaman, tetapi lebih banyak yang ditumpukan ialah jalan penyelesaian dari kasih sayang.

    Cukuplah untuk kamu tahu bahawa tindakan membelakangkan fitrah (dengan memilih pasangan yang sama jantina) tadi ialah satu tindakan jijik, jelek dan berdosa. Dosa yang besar, dan ia rantai yang membelenggu jiwa-jiwa kita, seterusnya mengheret diri ke lembah kebinasaan duniawi dan ukhrawi, sejelasnya.

    Bantulah!

    Seruan untuk menghulurkan bantuan itu bukanlah seperti firma-firma dan badan-badan bukan kerajaan yang membantu dengan memberi dana, kelulusan atau sokongan kepada persatuan 'al-patah' dan 'gadis kuat', tetapi seruan untuk membantu itu ialah dengan memberi penerangan bahawa apa yang sedang mereka lakukan itu ialah suatu perkara yang hina, kotor dan tercela.

    Islam bukan agama yang mencantas kebebasan tetapi islam ialah agama yang bersifat menjaga. Kerana itu, perbuatan melepaskan nafsu kepada kaum sejenis ialah suatu yang salah kerana pada hujungnya, ia tidak membawa bahagia melainkan semuanya ialah derita. Dan derita apakah lagi selain ketenangan yang ingin digapai, tetapi terus-terusan lenyap?

    Dari Mata Penulis.

    Saya menulis kerana sebuah keperluan, iaitu keperluan untuk para lelaki mula menjadi al-Fatah yang berjiwa kental menepis fitnah, sandiwara serta racun minda puak kuffar! Saya juga menulis dengan harapan para wanita mula mempersiapkan diri menjadi Fatimah Az-Zahra yang sedia menjadi ladang untuk menumbuhkan tunas-tunas yang cemerlang jasad luar dan dalamannya.

    Bersama ini, sebuah seruan supaya wanita kembali belajar untuk mencontohi Aisyah r.anha yang tegas membela maruah diri, tapi lembut melayan cinta suami.

    Bersama ini juga sebuah seruan agar tiada lagi lelaki yang membaca artikel ini, melainkan hati-hati kita sudah tertambat dengan pekerti sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

    Dan cukuplah mati itu membuatkan kita tersedar...

    P/s- di IPT saya tak ada orang gay atau lesbian. Kalau kat IPT anda ada, silalah kasi mereka fahami ini. Saya kesian sangat dengan orang yang begini. Entah apalah yang buat mereka merajuk teruk-teruk begini....

    p.s.s- Saya mengecam orang yang terlibat dengan penganjuran ratu bapok dan ratu mak nyah yang dibuat di Pahang beberapa bulan lepas. Seorang artis wanita bertudung juga dijemput untuk melakukan persembahan dalam event sikit lagi nak kena sambar petir tu.

    p.s.s.s- Saya juga mengutuk tindakan pihak berkuasa yang membenarkan penglibatan orang islam dan melayu dalam kelab gay dan lesbian. Jika ini yang kalian faham dengan kebebasan, maka lebih wajar monyet diangkat jadi pemimpin, kerana monyet lebih bijak dalam menangani persoalan fitrah!


    Ni ada video, bagi orang yang belum tengok. Educated juga bapok ni, siap boleh ucap 'insyaAllah' dan 'alhamdulillah' pula tu! Lepas tengok, rasa nak apa?

    Start changing! Kalau ada kawan-kawan anda yang cenderung kearah itu, sila kasi treatment. Treatment al-Quran.
       

    This is my story.

    This is a story of myself.
    Pujian yang berkapuk, rasanya kalau ada untung pun setakat dua tiga saat sajalah. Dan rasanya memang sejak dari awal saya belajar menulis, sampailah saya jadi cinta dengan menulis, memang dah berkapuk pujian orang bagi. Satu pun tak ada kesan yang benar-benar jelas. Kalau dapat duit, okeylah... boleh dipakai, tetapi kalau hanya bentangan pujian?

    Dapat bahagia, mungkin. Tapi boleh jadi dapat riak dan ujub juga.

    Hurmm...
    Inilah Iqbal Syarie. Dalam dan luar, saya tetap Iqbal Syarie. Satu jasad yang sama. Dengan jasad ini saya menulis essay di atas kertas, dan dengan jasad ini, jemari saya menari di atas pentas kekunci menulis artikel yang menghiasi ruangan laman sengsawang ini.

    Saya yang biasa, tetapi kenapa dianggap luar biasa.

    Saya nak clarify something, as it freak me out. Saya takut dengan salah faham orang.

    Pertama, saya bukan ustaz. Saya terkejut bila ada sms masuk. SMS yang tidak saya tahu dari siapa berbunyi, "Ustaz, salahkah saya bekerja sebagai model?". Ahah... model hantar SMS kepada saya! Gila! Mana dia dapat nombor telefon saya pun saya tak tahu...

    Saya bukan ustaz, jauh sekali orang alim. Kiranya saya berada di hieraki tahap 3 kerana sabda Rasulullah s.a.w, jadilah orang yang mengajar. kalau tak, jadi orang belajar. Kalau tak, jadi yang mendengar. Saya sekarang cuma seorang pendengar dan seorang pelajar. Dan jelas ya, saya bukannya ustaz. Dan ini bukan salah faham yang pertama, dan mungkin tidak akan jadi yang terakhir juga.

    Kedua, sejak diberitakan oleh diri saya sendiri bahawa saya ini an aircraft maintenance engineer to be, orang dah wah.. wah... dengan saya. Pelik sangat, jika sebab itu pun orang nak kagum. I'm nobody. Kerja tu memanglah famous, tapi tidaklah perlu diletakkan rasa kagum yang tak sepatutnya. Oh... saya faham. Mungkin kerana ada yang pelik kerana bila seorang yang tak ada basic dalam bidang agama untuk jadi too brave to talk about agama?

    Siapa kata saya tak ada basic dalam agama, huh?

    Mak saya ustazah, dan dia ialah guru agama saya. Dan dia juga guru saya sekarang. Dan dia juga akan terus jadi guru saya. Get me? Saya tak akan jadi saya yang sekarang kalau bukan kerana mak saya. Dia tak pernah jemu dan lupa untuk mendoakan saya, dan saya hargai jasa mak saya. Berkat doanya sahajalah yang buat saya jadi saya yang macam ni hari ni.

    Satu lagi, saya ni bukannya orang yang baik. Yang itu saya nak clarify betul-betul. Saya takut sooner or later, ada orang kenal saya dan start to evaluate me as who i am in this virtual world. Ha. Ha. Scary.

    "Huh... Dalam blog pandai bercakap, tapi in reality, rubbish!"

    Saya tak nak jadi macam tu. Paham? Jadi macam... bila someone put a trust and respect us, but somehow... we make a mistake which cost the respect and trust to vanish.

    Urm... saya nak buat confession.

    Saya lelaki biasa. Saya bukan yang baik, tetapi saya seorang yang ambil peluang. Saya mampu solat berjemaah 5 waktu sehari semalam bukanlah kerana saya baik, tetapi kerana saya ada peluang untuk buat itu. Saya mampu tahajjud dan tilawah, bukanlah kerana saya baik... tetapi saya diberikan peluang.

    Bagaimana saya mahu explain ya? Hmmm...

    Beginilah. Saya petik kata-kata Saidina Ali r.a. Kata beliau, Orang yang paling baik ialah orang yang dirinya ada peluang untuk buat kejahatan, tetapi dia tetap berbuat baik. Manakala orang yang paling jahat ialah orang yang didepannya peluang untuk buat kebaikan, tetapi masih tetap dia melakukan kejahatan.

    And the rules applied to me... as per now...

    Saya ada peluang untuk buat baik, sebab itu saya mampu buat. Saya tak buat jahat, sebab saya tak ada peluang buat jahat. Saya tak terjebak dengan couple, sebab memang tak ada perempuan nak kat saya. Saya tak mencuri, sebab memang tak ada benda yang saya nak curi. Saya tak tengok video lucah sebab memang saya tak ada peluang untuk buat benda tu. Cuba kalau saya diberi peluang...?

    Hah... saya tak tahu apa akan jadi. (Ya Allah, aku berlindung daripada kejahatan diri sendiri)

    Mungkin satu masa nanti ada perempuan comel nak kenal dengan saya =.=

    Mungkin satu masa nanti ada website lucah pop-out masa saya tengah seorang diri dalam bilik, sambil pintu terkunci.

    Mungkin satu masa nanti saya dah desperate giler tahap kebulur dan kawan saya ada tinggal not 50 ringgit dalam laci.

    Bila sampai masanya, then only we'll know... langit tu... tinggi ke rendah?

    Same goes to those-sinful human being.

    Those zina, those minum arak, those berjudi... kadangkala memang tak boleh lari. Syaitan, masyarakat, kawan-kawan, mungkin itu sebabnya mereka tak boleh lari.

    It's better late than never, but it's a lot better for now, than late.

    Yes. Those so-called pendosa bukan muktamad jahat. Dan those so-called ustaz bukan muktamad baik. Ia hanya sandiwara sebuah peluang, yang mana seseorang mungkin jadi jahat kerana terperangkap tanpa peluang buat baik... dan mungkin seorang yang baik, kerana tersorok daripada peluang buat benda jahat.

    Semua orang ada peluang berubah, and as per myself, i thanks Allah for my early comeback and the gratitude will always goes to my parents. Memang kalau bukan kerana doa mereka dalam tiap-tiap tahajjud mereka, saya akan terus jadi donkey, never a human.

    Rasa lega yang amat bila dapat luahkan apa yang saya duk pendam selama ni. Sebab benda ni ialah benda yang sama saya cakap kepada junior saya yang baca blog Bayyinat.
    Kalau ada benda yang tak elok yang kalian nampak pada saya, please... the bad is me, myself. Islam sangat indah dan terlalu sempurna, tapi yang buruk serta teruk itu ialah saya. Jangan kesalahan saya atau kesilapan saya dikaitkan dengan nilai dan keindahan islam itu.
    Macam pernah berlaku kepada kawan saya. Dia bercerita dengan penuh emosi masa tu. Memang nampak pancaran mata orang bersalah pun.

    Dia meniru dalam peperiksaan. Lebih tepat, dia termeniru, kerana kertas jawapan seorang lagi kawan saya jatuh. Dan that few seconds, memang dia terpandang. Sekilas, tetapi tiba-tiba mata dia terpaku pula dengan kertas jawpan tu. Yes... just a few seconds, tapi another friend yang duduk terposok di hujung dewan perasan. After exam, dia menyindir, "Harap je tiap-tiap hari sembahyang solat sunat dhuha, tapi masa exam... meniru jugak", and the rest is history....

    Well... the reality is that, manusia akan butakan mata untuk kebaikan kita tetapi untuk kesilapan kita, mereka tidak akan.

    Baru saya terasa, being a 'pedagang' is never easy. Manusia akan ada jutaan expectation kepada kita.

    For those mother or father yang risau dengan 'keremajaan' anak-anak mereka. Jangan risau sangat. Memang during this period, remaja akan suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan berbanding family sendiri. Saya juga... untuk bercerita dengan keluarga sendiri masalah yang ada, terasa macam berpasir saja kerongkong. Itu suatu hakikat, mungkin kepada remaja lelaki.

    Tetapi percayalah cakap saya... yang merubah manusia kebanyakannya ialah keinginan ibubapa. Ibubapa, please pray for your children. Anak lelaki terutamanya, memang begini. Saya dah masak... kerana saya pun begini. Anak-anak tak suka banyak benda. Antaranya- janganlah suka buat perbandingan.

    "Tengok anak Pak Man tu... bagus je. Cuba Along jadi macam dia"

    Heh.. itu satu yang silap mak cik. To make those comparison, kami... anak-anak, akan rasa sedih giler. Rasa macam tak dihargai dan tidak dipercayai.

    Saya nak puji emak saya, ratu hati saya.

    Saya tak tahu apa sebab mak saya boleh percaya betul dengan saya. She never urge me to change, maksud saya... she just encourage me, tapi tak paksa... dia cuma give all the support i need. Kalau saya perlukan duit untuk beli kitab or buku agama, mak dan ayah saya tak akan tanya banyak. Diam seorang ibu, sudah cukup untuk buat saya tahu sesuatu yang sangat besar. Kepercayaan yang disandarkan kepada saya, membuatkan saya lebih tersedar dan yakin. Once saya ada niat atau keinginan untuk buat something yang tak betul, terus saja saya akan teringat akan segala macam kepercayaan dari mak saya. Terus batal, as i will never act stupid as my dearest parent thrust me. How on earth i will let them disappointed?

    Cukuplah untuk para pembaca tahu bahawa saya bukan seorang yang baik kerana yang baik itu ialah ibu dan bapa saya.

    Dan akhir, saya mohon dan saya berdoa sungguh-sugguh agar saya dapat istiqomah. Jika saya faham nilai sebuah konsistensi dan istiqomah, saya yakin saya akan jadi insan yang bahagia. Yes. To be consistent in doing good isn't easy. As per ayaat 2 surah al-mulk, Allah look upon the 'ahsanu amala' yang mana membawa maksud, amalan terbaik dan bukannya amalan terbanyak. Kerana yang pasti, ikhlas dan istiqomah itu ialah sangat penting dan ia juga sangat mudah lesap...

    By the way, model yang SMS saya tu ialah seorang puan. Puan anonymous. Wonder who gave my phone number to her...
         

    Sah?

    Sah?
    Perasan atau tidak, menghilangkan kemudharatan itu adalah lebih mulia, lebih utama dan lebih baguih daripada mendatangkan kemaslahatan. Iya... kalau tak percaya, bukalah hadis 40 susunan Imam Nawawi dan telitilah hadis ke 9.

    Ini adalah kerana ibadah yang kita kerjakan itu adalah sangat terdedah kepada penolakan. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tolak ibadah kita, and we have no right to against His will!

    Artikel kali ini bertujuan untuk membincangkan ciri-ciri ibadah yang diterima. Penulis cuma akan menulis beberapa etika dengan ringkas. Jika mahu penerangan yang lebih, sila kunjungi toko buku yang berdekatan. Heh.

    Menurut Sheikh Amir bin Muhammad Al-Mudri (imam masjid Al-Iman di Yaman), ada beberapa perkara yang perlu dimiliki oleh kita agar amal ibadah kita diberikan ganjaran dan diterima oleh Allah.

    Pertama, kita perlu memiliki rasa takut amal bahawa amal-amal kita akan ditolak. Dalam bahasa lain, ini ialah sifat para muttaqin. Boleh rujuk surah al-Mukminun ayat 60. Memiliki rasa takut ini ialah asas kepada kehambaan. Ini adalah kerana jika kita takut dengan Allah, maka dengan sendirinya kita punya hati akan tunduk, memperakui segala nikmat yang telah Dia kasi non-stop.

    Kiranya... kalau tanpa kurnia-Nya, pilihan-Nya, atau tanpa permission-Nya, adakah kita dapat buat kebajikan? Nehi! takkan mampu! Semua ini pilihan Allah. Dia beri kita peluang, dan syukur peluang itu kita sudah manfaatkan. Rujuk ayat 12 daripada surah Lukman. Mudah-mudahan timbul perasaan yang sepatutnya ada pada hamba.

    Ciri yang kedua ialah kita mestilah menganggap amalan yang kita lakukan itu sangat kecil. Kecil hinggakan rasa tak layak nak dibanding dengan apa-apa jenis measurement pun. Dengan sendirinya, kita akan terhindar daripada sifat riak dan juga perasan. Perasanlah... konon-kononnya Allah terima amal ibadah, tapi rupa-rupanya tidak.

    Kalau boleh saya berikan contoh, saya nak ambil contoh sedekah aja. Kalau di tempat saya (dirahsiakan di mana, Afrika Selatan mungkin), surau-surau ni sudah dijadikan macam tempat buang sampah. Selalu saja ada orang yang 'sedekah' barang. Tapi sebenarnya, barang yang dia kasi tu pun bukannya elok dah. Macam kain langsir yang sudah koyak rabak, buku-buku yang sudah bertukar warnanya, dan lain-lain.

    Bukankah sepatutnya kita berikan yang terbaik yang ada pada kita? Ececeh... macamlah saya mampu buat maacam tu...

    Merasakan sumbangan kita tadi tu kecil juga membuatkan mulut kita senyap. Tak ada nya kita nak buat press conference. Tak ada nya kita nak buat pengemuman hingga petala langit ke tujuh. Tak ada nya kita nak sibuk cerita kat orang. Sebab bila kita tahu perbuatan kebajikan yang kita buat itu kecil cinonet, maka akan datang rasa malu. Allah suka hamba-Nya yang pemalu dan tidak sombong, don't you know?

    Sifat yang ketiga, kita perlu banyak berdoa kepada Allah. Ini ada kaitan dengan sifat pertama tadi kerana ia bekerjasama. Mukmin sejati perlu ada sifat takut dan harap. Takut amal tidak diterima, tapi dalam masa yang sama, perlu meletakkan harapan yang menggunung agar Allah terima juga.

    Ciri-ciri amalan yang diterima yang keempat ialah diberi taufiq untuk taat selepas taat. Maksud? Kiranya... selepas selesai A, kita buat B pula. Bukannya terus berdiri dalam kelompok A sahaja. Contoh, selepas bersolat, kita rasa teringin untuk susuli dengan amal ibadah yang lain seperti zikir, baca Quran, dakwah atau mungkin mencari rezeki yang halal kerana Allah. Nak melihat sejauh mana taufik itu merantai kita... kita perlu lihat kepada pola pertumbuhan iman kita. Adakah kita konsisten? istiqomah? atau timbul-tenggelam? Buat baik depan orang, tapi malas buat baik belakang orang? Heh...

    Saya doakan kita sama-sama dapat istiqomah. Depan orang kita baik, belakang orang kita baik kuasa dua.

    Ciri yang terakhir (sebab saya sudah janji akan beri sedikit cuma) ialah kita perlu memperbanyakkan istighfar. Mudah kira... sifirnya ialah semakin banyak ibadah kita, semakin banyaklah kita perlu beristighfar. Bukan mudah nak buang riak, ujub, dan segala mak-nenek ini. Tapi Allah sudah beri jalan yang mudah, iaitu dengan melazimkan meminta maaf dan ampun daripada-Nya.

    Kesimpulan.

    Alang-alang kita berbuat amal soleh, biar sampai Allah terima. Perkasakan ilmu, pertingkatkan iman dan taqwa. Mudah-mudahan, Allah terima amal kita. We do our best and leave the rest to Allah ;)
                

    Bedah Buku: Jaja & Din

    Bagaimana manusia boleh diubah oleh tulisan? Jika saya, saya akan menyatakan bahawa ia adalah suatu yang benar. Saya yakin, bahkan saya sendiri percaya yang tulisan yang baik akan mengubah manusia.

    Lalu, tulisan yang baik bagi saya pula ialah tulisan yang bukan sekadar memberikan rasa seronok dan bahagia kepada pembacanya, tetapi ia juga hendaklah terus-terusan telus dalam mendidik dan menambahkan pengetahuan pembacanya.

    Perkara ini jarang ditawarkan oleh novel, tetapi wujud dalam novel Jaja & Din.

    Bagi saya, novel ini ialah yang terbaik pernah saya baca. Dan insyaAllah akan terus berada antara senarai buku yang paling atas yang akan saya syor dan cadang kepada manusia yang mahu mencari agama dengan cara yang ringan.

    InsyaAllah, saya akan tadabbur karya kak Noor Suraya kerana saya yakin Kak Su tidak akan menulis hanya untuk bersuka-suka, tetapi beliau ingin agar pembacanya yang berjuta itu mengambil manfaat dalam didikan yang diselit secara santai dan hikmah.

    Bagi saya, kisah ini bukan sekadar kisah pencarian Din oleh Jaja, tetapi ia adalah pencari Deen- iaitu pencarian agama.

    Terlalu banyak nilai-nilai dan pengajaran yang dapat saya kutip. Akan saya cerita satu persatu, insyaAllah.

    Manusia Dan Perubahan.

    Dalam cerita ini, Kak Su berjaya mencipta satu watak yang sangat indah. Jaja diciptakan sebagai seorang gadis yang pada awalnya sangat sekular. Hidupnya mewah dengan harta tetapi tandus dengan keimanan dan amal agama. Dengan solat yang celam-celum sahaja dikerjakan, juga disertakan dengan kejahilan yang bertimpa-timpa, juga dengan penampilan yang seperti orang kebanyakan, Jaja tampil di hujung-hujung sebagai seorang wanita yang telah ditukarkan menjadi seorang muslimah.

    Ia adalah sebuah perubahan yang radikal. Ia bersumberkan dari cinta, dan cinta itu jugalah yang memacu Jaja untuk menyusuri hidup sebagai seorang perindu kepada Tuan dan Tuhan.

    Melalui watak Jaja, saya belajar satu pengajaran yang sangat comel. Manusia itu punya peluang untuk berubah. Ia cuma perlu dijernihkan. Qaulah, seorang gadis solehah yang menumpang kereta Jaja untuk pulang ke kampung halamannya tidak ralat untuk bergaul mesra dengan Jaja walaupun di saat itu Jaja tampil dengan imej dan penampilan yang terlalu asing dan berbeza dengan Qaulah. Qaulah, gadis solehah... bertudung labuh dan berjubah, manakala Jaja... dengan rambut yang dipertayangkan dan dibungkus dengan pakaian yang tidak mengikut kod etika islami. Namun, Qaulah sedikit sebanyak telah berjaya menambat hati Jaja, dan di sana sudah sedikit demi sedikit Jaja rasa dirinya perlu berubah.

    Kesabaran.

    Ini ditonjolkan dengan kedua-dua watak protagonis iaitu Jaja dan Din. Jaja, bagi saya cukup sabar dan tabah dalam menempuh cabaran sepanjang pencarian cintanya. Saya akan puji sikap Jaja yang meminta keluarganya meminang Din untuk dirinya. Heh... ini adalah suatu yang baru yang para penulis lain tidak berani untuk bermain dengan idea, kerana asal saja, ia sudah pun agak bertentangan dengan norma masyarakat.

    Orang melayu punya citarasa yang pelik dalam soal jodoh. Untuk mereka mengikut apa yang Rasululullah perbuat, itu suatu yang sangat sukar bagi mereka. Mereka meletakkan tugas meminang itu hanya terhad bagi lelaki. Kononnya jika perempuan meminang lelaki, maka telah jatuhlah air muka. Heh...

    Itu belum lagi dikira dengan hantaran yang tinggi dan mahal-mahal yang pada logik pemikiran, suatu yang sangat membebankan. Apa tidaknya... untuk memiliki gadis yang telahpun di usung tanpa izin Tuhan, lelaki itu terpaksa memerah otak juga tulang empat kerat hingga tumbuh rambut putih dari kepala. Heh... melayu... melayu...

    Kesabaran Din pula terbukti di dalam rangka dia mendidik Jaja. Didikan yang disalurkan dengan cinta yang ditahan-tahan itu menjadikan Jaja terbuai. Kami, para pembaca juga turut sama hanyut dengan rasa yang sejuta. Saya mengkagumi Din dengan sebab dirinya boleh mengambil jalan zuhud yang jarang dilalui oleh manusia di Malaysia.

    Dia tidak menolak dunia, tetapi dia berpada-pada dalam dunia. Benarlah... manusia tidak perlu untuk 'berpendapatan tetap' tetapi manusia perlu untuk 'tetap berpendapatan'. Sifat berdikari Din juga sangat wajar dicontohi. Asal saja ada punca pendapatan yang halal, Din tidak ralat untuk mengambil peluang itu. Ya! Biar berpenat, dan biarpun sedikit, asalkan terhindar dari menipu dan asal terjauh daripada mengambil yang syubhah.

    Menyentuh bab syubhat (samar-samar) dalam soal pendapatan, Kak Su juga mendidik pembaca dengan watak Jaja yang tekad untuk berhenti kerja kerana bidang yang dia ceburi itu memang pun bergelumang dengan syubhat. Tekad itu nyata berbaloi kerana di saat dia runsing mencari pekerjaan yang lain, Allah ilhamkan dia untuk menyahut cadangan suaminya untuk menulis skrip. Satu lagi pengajaran bahawa rezeki itu tetap saja ada di mana-mana dan manusia tidak perlu ragu untuk menyelamatkan diri mereka daripada harta syubhat apatah lagi yang haram.

    Perjuangan.

    Heh... Bab ini nyata lebih indah. Nyata istikharah Din telah menemukan Din dengan seorang pejuang yang tidak kelihatan pada asalnya, tetapi ternyata isterinya, Jaja benar-benar seorang pejuang.

    Pada awal, sebelum berkahwin, Din berkira-kira untuk dijodohkan dengan beberapa orang gadis. Ustazah Murni dan Cikgu Zaleha masing-masing telah meninggalkan Jaja jauh terposok di bawah. Kedua wanita itu hebat dalam ilmu agama selain akhlak dan penampilan mereka. Sangat berbeza dengan Jaja yang awalnya. Pun begitu, di saat Ustaz Syuib (sahabat perjuangan Din) bernikah dengan Ustazah Murni, Ustaz Syuib tidak mampu untuk turut ke medan peperangan di Afghanistan kerana tidak dilepaskan oleh isterinya.  Mungkin pada situasi ini, para pembaca boleh meletakkan andain yang pelbagai. Mungkin ada yang memikir-mikir bahawa Ustaz Syuib tak ke sana kerana mahu ditugaskan menjadi wakil atau apa-apa, tetapi tidak bagi saya.

    Saya menafsirkan situasi itu dengan ketabahan Jaja. Bayangkan, seorang wanita yang pada saat awalnya, di pandang sebagai wanita yang tidak baik boleh sanggup membenarkan suaminya untuk berjuang... tetapi wanita yang dipandang mulia, tegar pula membantutkan niat suami untuk berjuang.

    Inilah dia yang dikatakan sebagai cinta. Cinta isteri pada suami, haruslah disertakan dengan kerelaan untuk kedua belah pihak untuk menyemai buah-buah kebajikan. Suami berjuang... isteri sama dapat pahala. Tetapi jika isteri itu sendiri jadi penghalang kepada perjuangan suami.... bagaimana pula?

    Perjuangan Din.

    Jujurnya, saya merasakan saya terlalu jauh untuk mengikuti langkah Din terjun ke dalam medan jihad al-Qital. Semangat Din pijar. Dia mencintai perjuangan, lalu bagaimana pula dengan Jaja dan Umar, anak sulungnya?

    Ternyata Dia seorang suami dan pejuang yang lengkap. Dia tidak pergi tanpa kekemasan taqwa, tidak juga bepergian tanpa peninggalan harta. Tapi itulah adat perjuangan... jika mahukan syurga, harga perlu dibayar sejak di dunia lagi.

    Untuk menjadi kudung pada jari dan parah pada jasad, ternyata sedikit sahaja yang mampu.

    Kesetiaan.

    Seperti tidak percaya pula, wanita yang lucu, yang banyak mengomel dan banyak karenah seperti Jaja boleh berubah mendadak sebegini. Jaja sangat setia. Tempoh dua tahun setengan bukan satu tempoh yang sekajap. Dalam masa itu jugalah dia setia menanti suami yang ghaib di medan peperangan tanpa dikesan untuk pulang. Dalam tempoh itu jugalah... dia sabar mendidik Umar menjadi lelaki sehebat Din, dan dalam tempoh masa itu juga... dia tidak teragak-agak untuk menolak lamaran lelaki lain yang sedia menggantikan tempat Din.

    Tapi ternyata status sebagai balu seorang mujahid itu lebih mulia daripada segalanya.

    Kesamaan Dengan e-Novel Antara Dua Bidadari.

    Ini cuma sampingan. Saya sebenarnya teruja yang amat kerana saya melihat novel pertama saya, Antara Dua Bidadari tidak jauh beza jalan ceritanya dengan novel Jaja & Din ini. Bermula dengan kelibat dua orang gadis yang moden dan sekular, Aisyah dari novel saya memilih untuk berpatah balik kepada kehidupan seorang muslimah. Dirinya akhirnya bernikah dengan Johari (watak dalam e-novel tulisan saya) dan dididik oleh lelaki itu.

    Selain itu, saya juga turut sama menulis tentang perkahwinan. Dan seperti novel tulisan Kak Su itu, saya juga sedang dalam usaha untuk memerdekakan masyarakat dari terus-terusan ditambat oleh adat 'perkahwinan melayu' yang nyata sulit dan membebankan.

    Oha ya... jika kau orang berminat untuk membaca e-Novel sulung saya, boleh muat turun sendiri sebagaimana di side bar.

    Kesimpulan.

    Saya tetap merasakan Jaja & Din adalah novel yang terbaik pernah saya baca. Buat kalian yang belum, silalah baca. Saya pasti kalian akan ketawa sendiri pada awalnya, dan akan menangis sendiri pada akhirnya kerana terbuai dengan mainan emosi yang dibawa oleh penulis.

    Tahniah kak su! Saya suka cara begini.

    Mendidik secara halus :)
        

    Politik sikiit lagiiii!!!


    Hey! Sapa kata orang yang sedang mahu exam tak boleh menulis? Saya boleh je. *ketawa* Sebenarnya otak ni dah tepu dengan segala mak nenek pasal avionics. Daripada HSI, EADI, ASU, ECAM, HF, VHF, UHF, LOS, glide slope, localizer, antenna......*nak muntah*

    Stop!

    Boleh kita mula? *semua angguk*

    Dalam artikel yang lepas, saya membuat konklusi bahawa tidak wajar kita berlebihan mengkritik orang. Tetapi, itu bukan dalil menyatakan bahawa manusia tidak boleh dikritik. Cuma yang ada ialah pada perbuatan memfitnah atau membatu apikan manusia. Hah.. itu memang berdosa.

    Saya nak mengkritik siapa? Heh... nanti saya cerita.

    Kalau di Palestin, kita sedia maklum akan kewujudan dua gelombang besar iaitu Hamas dan Fatah. Satu tidak sekular dan satu lagi sekular. Tak jauh dengan Malaysia, kita ada dua radiasi yang kuat. Biru dan hijau. Satu yang 'gitu-gitu' dan satu lagi yang 'gini-gini'.

    *ketawa* Heh. saya tak mahu cerita apa-apa pasal dua parti politik yang berseteru kuat ini. Tetapi saya mahu bercerita tentang pegangan saya.

    Dengan ini, saya mahu kalian jelas bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti politik. Saya hanya sokong islam. Dan hanya itu.

    Abes tu, kau tak mengundi?

    Haisshhh... benda tu kan rahsia! *ketawa* tapi begini pandangan saya. Dalam hukum feqah, jika datang dua kemudaratan, maka wajib ambil mudharat yang paling kecil. Heh... sila ijtihad sendiri guna akal dan iman.

    Stop! Saya benci politik! Saya cuma cintakan siasah islamiyyah. Noted?

    Dari kaca mata lelaki 21 tahun (saya lah tu), saya jadi terlalu muak dengan politik malaysia. Kiranya mirip benar dengan politik orang asli di lautan sana. Kenapa laut bukannya hutan? Kerana orang asli pun lebih bijak berpolitik. *ada maksud tersirat ni*

    Selepas satu fitnah, datang lagi fitnah yang lain. Masyarakat kacau bilau. Remaja merendek tiada siapa peduli. Remaja membuang masa, tiada siapa cakna. Remaja terkinja-kinja di jurang zina, tiada siapa ambil kisah. Nah! orang buang bayi, baru kita nak marah sedangkan orang bercumbu di sebelah kita, kita buat tak nampak?


    Ops! It's not politic!

    Why not!!! It's politic! It's upon the duty of the government to solve these problems!

    Goverment sahajakah? Only them? *angkat kening sebelah*

    Nope! Itu tugas semua, tetapi kekuasaan itu ibarat kunci dimana seorang pemerintah itu bisa saja membuka seluas-luasnya pintu maksiat ataupun bisa saja dia menutup serapat-rapatnya pintu itu. Wallahua'lam. Tak nak komen banyak-banyak.

    Saya neutral. Saya tidak fanatik dengan mana-mana parti. Saya cuma sokong orang yang buat apa-apa yang membuatkan Allah suka dengan kita. Mudah-mudahan, saya dapat tempias dan Allah juga akan suka dengan saya.

    Ni... Saya nak kritik geng hijau. Itupun jika diberikan. Dan saya tahu, ada ruang untuk saya menulis sesuatu yang saya yakin ada kebaikan buat jemaah itu.

    Salah satu ciri-ciri dakwah Rasulullah s.a.w yang sejati ialah mengajak kepada Allah. Saya ulang, mengajak kepada men-tauhid-kan Allah hingga tiada lagi dirasakan makhluk itu hebat selain hanya Allah s.w.t sahaja yang hebat. Rasulullah s.a.w tidak mengajak kepada satu-satu kumpulan atau jemaah tertentu, tetapi baginda mengajak kepada islam.

    Bagaimana jika saya katakan bahawa saya dikelilingi oleh orang yang lantang bersuara? Heh. orang muda-muda saja, bukan tua-tua bangka. Orang muda banyak silap kerana itu... teguran ini hanyalah buat orang yang tersilap- bilangan yang sangat minima.

    Jika kita sama-sama perasan, sesetengah manusia itu mengajak kepada membentuk negara islam. Wah!!! saya sokong tapi tidak 100% melainkan lebih 5%, menjadi 105%. Ini adalah kerana negara yang meletakkan perundangan islam sebagai yang tertinggi dan redha Allah sebagai yang puncak adalah kewajipan setiap yang ada mata kepala dan akal. Saya dan kalian ada share untuk mendirikan negara yang begitu.

    Sudah diberitakan bahawa 'jemaah hijau' ini berminat untuk mendirikan negara islam, tetapi saya aneh... jika benar ada matlamat mereka kepada itu, mengapa ramai antara ahli yang tidak mencapai standard piawaian seorang pendokong islam?

    Ada yang mencarut tanpa selindung. Ada yang bercakap buruk. Ada yang kerja nak pukul orang aja. Ada yang... *Stop!*

    Itu cuma dilakukan oleh segelintir manusia dan bilangan mereka sangat kecil.

    Tetapi jika dilihat lagi sekali, apa yang benar-benar islam buat dan Rasululullah s.a.w buat ialah 'yatlu alaihim aayati' iaitu membacakan kepada mereka al-Quran.

    Maknanya?

    Tarbiyyah!

    Itu! Jelas bukan? Islam tidak meletakkan Z selepas A. Tidak juga C selepas D. Jangan skip. Jangan terus tekan throttle penuh. Jangan terus nak take-off sahaja. Kita kena juga semak benda-benda asas. Minyak cukup tak?

    Macam mana enjin nak fungsi kalau minyak tak cukup? Sama! Macam mana nak berjuang jika kefahaman terhadap apa yang diperjuangkan itu tak seperti yang sepatutnya. Deyy.. macam mana?

    Sebab itu, kita boleh lihat di zaman ini... sistem kewangan islam dah wujud. Syabas dan alhamdulillah! Tetapi mengapa masih ada yang bermain dengan riba? Kita juga lihat bahawa kilang-kilang melata di Shah Alam. Jika tidak kilang, construction site pun banyak, tetapi kenapa masih ada orang islam yang kerja di ladang arak tu?

    Kita juga lihat bahawa Astro Oasis ada, tetapi kenapa masih ada yang tak rasa bersalah layan AF sambil terjerit-jerit?

    Hah. Siapa nak bagi jawapan?

    Saya akan katakan, jawapannya ialah kita belum faham Quran. Belum!

    Firman Allah dalam ayat 57 surah Yunus. "Al-Quran itu penyembuh penyakit dalam hati".

    Kita tanya orang-orang yang buat dosa, sebab apa mereka buat dosa? *tanya diri sendiri sebenarnya*
    Jawapan yang akan kita perolehi ialah antaranya, "Kami tidak merasakan apa-apa"

    Heh... dalam kumpulan hadis 40, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa 'jika rosak hati, maka rosak segala'. Dan dicantum dengan ayat 57 surah Yunus, satu hipotesis dapat dibuat.

    "Jika teringin nak ubah sesuatu kaum (seperti dalam ayat 11 surah 13) maka BENDA PERTAMA PERLU DIBUAT IALAH MEMBERI TARBIYYAH berupa isi-isi dan pengajaran al-Quran"

    Nah! Itulah yang kamu perlu buat sebelum kamu menyeru, "Jom dirikan kerajaan islam", "Jom kembangkan ekonomi islam" atau "Jom perkasakan pendidikan islam"

    TETAPI, seru tetap kena seru. Ajak... tetap kena ajak. Pun begitu, keutamaan disini ialah memberi pengertian dan pengajaran (Yatlu alaihim ayatihi atau mengajarkan keatas mereka) isi-isi al-Quran.

    Sebab... nanti orang jadi tak faham, keliru dan blurrr  =.=

    Kenapa perlu ekonomi islam?

    Kenapa kena ada politik/negara islam?

    Kenapa kena ada sistem pendidikan islam?

    Last! kalau kita perasan, 10 tahun dakwah ar-Rasul di Mekah, semua berkaitan tauhid. Belum lagi datang perintah solat, zakat, tinggalkan arak, jauhi zina, berjilbab etc. Dan ini boleh dilihat melalui ayat-ayat Makiyyah (kebanyakannya pada juzuk 30). Dan selepas hijrah, (13 tahun kemudian) barulah turun perintah-perintah dalam agama. Kerana apa?

    Kerana masa tu iman sahabat dah mula kental. Samalaa! Kita sibuk ajak orang bangunkan islam, tetapi macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Orang tak faham islam lagi, macam mana mereka nak perjuangkan islam? Orang tak kenal Allah lagi, macam mana mereka nak patuh Allah?

    Dan....
    Boleh sahaja al-Quran turun terus sebagai tulisan dan manusia membacanya, tetapi Nabi Muhammad s.a.w diponta untuk 'membacakan kepada mereka' yang mana maksudnya ialah menerapkan pengajaran itu biar ia terpahat betul-betul!

    Lepas ni jangan ajak saya ke ceramah mana-mana parti politik sebab saya neutral dengan perjuangan parti. Tetapi, ajaklah saya mendaki gunung meredah belantara untuk belajar ilmu agama kerana benda tu akan kuatkan iman saya kerana ia ialah 'minyak' bagi 'enjin' saya.

    Maaf jika ada pihak yang terguris. Sebarang komen sangatlah dituntut. Saya kritik untuk kebaikan semua, bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Saya sokong islam, walau mungkin saya tidak sokong parti. Tapi jangan risau, saya tetap akan mengundi untuk PRU nanti. Siapa yang lebih amanah dalam berkuasa, dia layak menerima undian saya. *ketawa lagi*

    Apapun, saya mohon maaf lagi sekali. Jika tidak bersetuju dengan saya, tidak apa-apa. Jika rasa pendapat saya ada masuk logiknya, maka sebarkanlah artikel ini.
     

    Politik sikiiitttt

    Politik sikiiitttt
    Ada orang minta saya tulis pasal politik *pandang kiri-kanan* Saya malas sebenarnya nak bercerita pasal politik, tapi orang itu kata, 'bla-bla... kita ni kan khalifah, jadi perlu juga politik-politik ni'

    Baiklah. Saya akan bercerita, tapi saya nak divert sikit dari topik asal, sebab saya nak cerita dan berkongsi tentang asas-asas kebangkitan ummah. Iyalah... kalau tak ada asas, semua orang akan blur dari mana nak mula jadi khalifah ni. Heh... Sebab korang dah mintak, saya tulis lah... tapi make sure impact positif mesti ada! Okey? *tegas*

    Asas yang pertama, yang juga asas utama ialah kebangkitan rohani. Maksudnya, kita kena menghidupkan hati-hati manusia dengan tauhid atau dalam bahasa mudah, biar ada hubungan dengan Allah. Nak buat hubungan dengan Allah bukannya susah mana pun, tapi itulah... kita ni... banyak sangat disibukkan dengan benda yang entah apa-apa entah. Kalau kita perasan lah kan... di zaman Rasulullah s.a.w, Baginda tidak sibuk-sibuk sangat dengan ekonomi, pendidikan, dan lain-lain. Semuanya diambil, tetapi secara sederhana. Orang kata 'cukup-cukup makan'. Ambil sekadar perlu. Jadi, apa yang major dan lebih dititik beratkan ialah al-Quran.

    Nak tengok betapa telitinya gerak kerja Rasulullah s.a.w, Baginda 'membacakan ke atas mereka'. Sila buka surah al-Jumaah ayat 2. Perkataan يَتْلُو   itu sendiri sudah menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w sangat menitik beratkan tentang pemahaman kepada al-Quran. Segala bagai pengajaran, pengertian dan kisah teladan diceritakan dan dihuraikan oleh Baginda. Bak kata orang inggeris, spoon feed.

    Asas yang kedua ialah kebangkitan dari sudut fikrah. Apa yang kita perjuangkan? Dengan apa kita berjuang? Matlamat kita apa? Semua tu kena ada peningkatan dari sudut kualiti, dari masa ke masa.

    Asas ketiga, penguasaan dalam cabang-cabang pengetahuan. Asas yang ketiga ni tak bertentangan langsung dengan asas yang pertama, kerana asas ketiga ini menuntut kita untuk mentadabbur dan mengaplikasi ayat 77 daripada surah al-Qasas. "Gunakan apa-apa saja sarana yang ada untuk dimanfaatkan bagi kehidupan akhirat yang kekal"

    Macam itulah lebih kurangnya. Rasulullah s.a.w ada menyuruh Zaid Bin Tsabit r.a untuk pergi belajar bahasa Yahudi. Tujuannya agar hubungan dua hala dengan kaum Yahudi lebih diperbaikkan dan ini juga dapat mengelakkan kaum muslimin daripada dikelentong dengan mudah oleh geng-geng keparat tu.

    Sebab itu, kebangkitan islam tidak hanya memerlukan kepada ustaz-ustaz semata-mata. Heh... sebab itu 'pak lebai' tak boleh sombong, kerana nak tak nak, kami yang bergelumang dengan assignments ini juga diperlukan untuk membantu gerak kerja dakwah kalian. Konklusi: Kita saling memerlukan. So, jangan mengada-ngada nak mendabik dada. Hish... sama-sama nak dakwah, tapi tak boleh nak bersatu.  *membebel*

    Asas keempat, kita perlu mengetahui medan dakwah masing-masing. Ini boleh dikaitkan dengan asas yang ketiga dan yang kedua tadi juga. Contoh, kalau anda seorang doktor, maka medan dakwah anda ialah pesakit-pesakit anda. Boleh aje kalau anda nak berdakwah kepada pelanggan kedai makan, tapi siapa pula nak dakwah kepada pesakit anda? Kan celaru begitu. You do your job, i do my job. Hah... macam itu lah lebih kurang.

    Asas kelima, kita perlukan langkah dan startegi yang teratur lagi tersusun. Bab ini panjang kalau nak dihurai. Tapi saya sentuh di permukaan-permukaan sahajalah. Yang dimaksudkan dengan strategi ialah variasi. Sesetengah orang perlu diherdik sikit. Dalil boleh marah/herdik/tinggikan suara ialah surah al-Anbiya' ayat 67. Tapi ia depends on the situation la!

    Yang keenam dan yang terakhir pula ialah struktur yang kukuh. Dalam satu perkataan, saya akan katakan ia sebagai 'bersatu'. Susah woo bersatu ni. Sikit-sikit, ada je yang dengki. Dalam duk sama-sama berjuang dengan matlamat dan visi yang sama pun... tetap berlaku caci-mencaci. Macam pernah berlaku dulu. Kalau ikut rasa nak marah, memang saya akan label orang-orang yang semacam ini sebagai bahlul kuasa dua. Memang satu yang sangat terkeji, jauh sekali terpuji apabila kita sibuk duk nak mengata orang. Saya ulang. You do your job, i do my job. Done!

    Kesimpulan.

    You do yor job, i'll do mine. Kurangkan mengkirtik orang. Hentikan mengata orang. Jauhkan mencari kesalahan orang. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat menjadi pendokong atau pelopor kepada kebangkitan ummat.

    Takbir!! Allahuakhbar!!!

    P/s- kalau betul berkenan nak dengar saya cakap pasal politik, sila tunggu entry selepas ini :)
           

    Fitnah Waneeta!!

    Fitnah Waneeta!!
     sesiapa yang berkenan untuk bermenantukan adik ni, boleh berkenalan dengan dia disini. (link)

    Zaman-zaman dunia nak hancur ni... ramai yang jadi semakin takut dengan wanita. Atau paling tidak, dimomok-momok dan ditakut-takutkan dengan wanita. Kononnya wanita itu makhluk yang boleh merosakkan lelaki.

    Saya tak kata macam itu dan islam pun tak melabel wanita semacam itu. Yang buat kerja tak berpaedah (meletakkan nilai perempuan di tahapan yang paling rendah) tu cuma kerja orang Yahudi dan Kristian. Secara tak langsung, mereka meletakkan wanita sebagai kaum yang selayakkan dijadikan pemuas nafsu semata.

    Namun, dalam masa yang sama... islam juga mengajar ummatnya untuk berjaga-jaga dengan wanita. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w berpesan, 'takutilah dunia, dan takutilah wanita'

    Signifikannya apa ya? Takut macam takut hantu? Tak matang langsung kalau macam tu. Tapi yang benar, takut itu ialah berjaga-jaga.

    Alaa.. macam kita juga. Kalau takut dengan api, janganlah memandai main mancis.

    Kalau takut dengan fitnah wanita, maka hati-hati. Same concept but with different application.

    Pengakuan Nabi Yusuf ada dirakamkan di dalam Quran pada surah 12, ayat ke-24. "Dan Yusuf juga berkehenddakkan kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda dari tuhannya". Ayat ini bermaksud, sekiranya nabi Yusuf a.s tidak dididik dan dilimpahkan dengan nikmat dan penjagaan dari Allah, nescaya dia akan tenggelam dalam godaan itu.

    Berbalik kepada perkataan fitnah tadi... Menurut Ustaz Dr. Abdul Latif dalam kuliahnya (sebagaimana yang disalin oleh saya), perkataan fitnah disebut dan diulang-ulang di dalam al-Quran kurang lebih sebanyak 17 kali, dengan 7 makna yang berbeza-beza.

    Makna-makna yang berbeza-beza itu dapat dilihat sebagai yang pertama- ujian atau cubaan. Rujukannya ialah ayat 102 daripada surah al-Baqarah dan ayat 2 surah al-Ankabut.

    Heh... nak tak nak, kalian kena buka al-Quran terjemahan juga lah ya. Tak apa. Dapat pahala, insya-Allah.

    Kedua- syirik. Rujukannya ialah ayat 39 daripada surah al-Anfal

    Ketiga- kesesatan dan keburukan. Rujukan bagi ini ialah ayat 7 daripada surah Ali-Imran.

    Keempat- Kacau bilau atau huru-hara, sebagaimana yang disebut dalam ayat 25, surah al-Anfaal.

    Kelima- penyiksaan, kezaliman dan siksaan. Sila buka surah Az-Zaariyat ayat 13.

    Keenam- tipudaya. Ini terdapat dalam ayat 48 daripada surah at-Taubah.

    Akhir, perpecahan, permusuhan dan peperangan.

    Kiranya, fitnah wanita tergolong dalam yang pertama lah- Ujian.

    Gulp... Kiranya sudah hampir-hampir di hujung baharu saya perasan bahawa artikel ini kelihatan agak bias. Bukanlah saya bermaksud untuk bersikap sexist tapi hakikatnya, perlu ada tindakan segera untuk melindungi wanita-wanita ini daripada diperalatkan!

    Bagaimana tidak! Sedangkan iklan batu-bata pun menggunakan wanita tertonggeng untuk dijadikan model, dan mendapat sambutan pula! Wak luuu!!!

    Dalam kitab sahih Muslim, ada beberapa peristiwa yang menggoncang hati saya (ceh... goncang lah sangat). Rasulullah s.a.w pernah terlihat seorang wanita, lalu jadi tidak keruan Baginda. Kemudian Baginda pun pulang untuk mendatangi Zainab (isteri baginda). Sesudah rindu dilepaskan, Baginda kembali bertemu para sahabat lalu berkata: "Sesungguhnya wanita itu datang dan pergi bagaikan syaitan. Maka, jika kamu terlihat akan wanita itu, datangilah isterimu kerana yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatimu".

    Dalam hadis yang lain (tadi hadis no. 1322, yang ini hadis no. 1323), Rasulullah s.a.w berpesan: "Jika ada antara kamu yang tergoda hatinya pada wanita, maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan 'rasa rindunya'. Yang demikian itu sungguh dapat mententeramkan hatinya"

    Angkat kening sebelah ;) Bagaimana dengan orang yang tak kawin lagi?

    Rupa-rupanya tak mudah menjadi wanita. Tapi tak mengapa kerana at least islam sudah guide kita semua untuk ke syurga.

    Satu lagi, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang mana, majoriti penghuni neraka ialah kaum wanita.

    Adakah saya merasa selamat? Nehi! Saya tidak akan rasa puas kalau saya dapat selamat, tapi orang-orang yang kebanyakannya tidak. Tapi lebih ngeri, jika saya sendiri tidak selamat. Uhukkk...

    Kesimpulan.

    Saya cuma nak menyeru kaum ibu dan kaum cewek untuk menjaga diri baik-baik. Juga kepada kaum pria, untuk merendahkan pandangan, meninggikan ego (untuk tidak jatuh cinta sebelum kahwin) dan juga meninggikan suara (supaya nampak tegas, dan takde la monyok menggoda).

    Benda pasal fitnah wanita ni sudah berkurun dan beradab menjadi perbahasan, tapi solusi yang dapat dicapai hanyalah satu iaitu dengan kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan) sendiri perlu menjaga diri masing-masing agar tiada yang tercela dan tiada juga yang akhirnya mencela.

    Wallahu'alam.