Di dalam kitab ihya ulumuddin,Imam al-Ghazali menyatakan bahawa ada 4 bentuk penghalang bagi manusia.
Makhluk.
Yang dimaksudkan dgn makhluk itu termasuklah ahli keluarga,sahabat dan anggota masyarakat.Kadangkala kerana makhluklah,kita membatalkan niat kita utk berbuat kebaikan.Contoh:seorang datuk yg istiqomah dtg ke masjid,tapi bila anak cucu balik kampung,mereka tak pegi masjid.Mujurlah ayah saya masih tetap
laju ke masjid walaupun kami adik beradik semua balik.
Dunia
Menurut ulama-ulama sufi,
dunia adalah sesuatu yg tidak memberi kebaikan kpd kehidupan akhirat.Jangan salah faham dgn mengatakan semua yg duniawi adalah tak elok dan sia-sia.Tidak! contoh:kita ada kereta besar.Kereta itu tak dipanggil
dunia sekiranya kita gunakan kereta kita utk kebaikan seperti utk ke masjid,mencari ilmu dan mencari rezeki yg halal.
Syaitan
Allah sebut di banyak tempat di dlm Al-quran bahawa sesungguhnya
syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kita.Sumpah dan ikrar syaitan ialah utk me
recruit sebanyak mungkin manusia ke neraka.Dengan itu,misi syaitan ada 2 sahaja.Menghiaskan dunia supaya dipandang mulia oleh manusia dan membisikkan kesesatan.
Nafsu
Dalam 45;23,Allah menceritakan perihal manusia yg menjadikan hawa nafsu sebagai ilah,iaitu tuhan mereka.Apabila nafsu dijadikan tuhan,dimana letaknya Allah?
Kaitan dengar Ramadhan
To combat them,pertama sekali kita kenalah faham caranya.Untuk menolak pengaruh jahat makhluk,benar kita boleh ber
uzlah.Untuk melawan pengaruh buruk dunia,ya kita boleh
zuhud.Ambil dunia sekadar yg perlu kerna kita faham bahawa,'
ad dunya mazroatul akhirat'-
Dunia adalah jambatan kepada akhirat.
Untuk menolak syaitan,kita diajar supaya melafazkan ucapan
taawuz.Kita disuruh supaya memohon perlindungan Allah drpd kejahatan syaitan.Ya!mereka akan lari.Bahkan dlm bulan puasa ini,mereka diikat.Tapi bila berbicara soal nafsu,tiada satu pun cara utk kita lari jauh drpd pengaruh nafsu ni.
Tiada!kerana nafsu dan kita adalah satu,hanya akan terpisah sesudah kita mati.Oleh itu,satu-satunya cara mengelak pengaruh jahat nafsu ini adalah dengan
menjinakkan nafsu kita.Ini adalah kerana nafsu kita ada 3 jenis dan kita bertanggungjawab utk menjadi yg mana satu.
Jenis nafsu
Jenis pertama ialah
nafsu amarah- Ia adalah nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan. Sungguh malang org yg memiliki nafsu sebegini kerana tarafnya nyata lebih rendah drpd haiwan yg tiada akal utk berfikir mana yg baik,mana yg buruk.
Jenis kedua ialah
nafsu lawwamah.Nafsu Lawwamah ialah nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan.Kebanyakan manusia memiliki nafsu sebegini.Kita sering terjebak ke dalam dosa,tapi kerana dosa itu,kita rasa tak tenang,bersalah dan menyesal dan terasa mahu membaiki diri.Saya sgt yakin,bahawa saya dan anda,kebanyakan kita memiliki nafsu ini.Antar ciri-ciri nafsu ini ialah-
- Mencela diri sendiri bila melakukan dosa
- Bertafakur dan berfikir(menyesal)
- Membuat kebajikan kerana Riya'
- Kagum pada diri sendiri-Ujub
- Membuat sesuatu agar dipuji
Jenis ketiga ialah
nafsu Mutmainnah.Nafsu yg senantiasa cenderung melakukan kebaikan.Org yg memiliki nafsu ini dijamin tempatnya di dalam syurga.Sila rujuk al-Quran,90;27.Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia.Mengapa tidak?Kita berakal.Mengapa tidak kita gunakan ia utk mengawal nafsu kita?
Bacaan lanjut bagi nafsu,boleh
baca di sini.Saya bagi 16 bintang!artikelnya sgt mudah faham ;)
Ramadhan
Antara salah satu tujuan Allah memfardukan puasa ialah supaya kita berupaya mengawal dan menjinakkan nafsu.Tapi apa yg saya perhatikan,kita seringkali berlebih-lebihan dlm perkara yg
harus hingga menjerumuskan diri kpd yang haram.
Perlukah saya kemukakan satu persatu?
Berhati-hati dgn
nafsu makan,kerana ia memberi kesan yg tersangat besar kpd diri kita.Bukankah Nabi s.a.w sgt membenci pasar?Dalam hadis juga ada menyatakan bahawa tempat yg paling baginda suka ialah masjid dan yg paling Baginda tak suka ialah pasar.Perhatikan hikmah kenabian..pasar ialah tempat
kebanyakan manusia berbondong-bondong memenuhi permintaan nafsu.Ya.nafsu makan,nafsu harta bahkan nafsu seksual.
Bukan saya nak kata pasaraya atau bazar ramadhan ni tempat yg tak elok.Ia elok dan baik selagi kita mampu mengawal dua anggota badan kita iaitu
perut dan
kemaluan.Dgn ini,kita mampu mengawal nafsu makan dan nafsu seksual.
Kononnya pergi ke bazar mahu membeli kiuh kuaci,sebaliknya ternampak 'kuih kuaci' pula!!
burn pahala puasa!!!
(Satu stadium org makan pun tak abes ni!!)
Kesimpulan
Rasulallah berbuka tak pernah makan sedap-sedap.Sekadar beberapa biji tamar shj.Bahkan pernah dgn 1/3 drpd sebiji kurma.Bukan sebiji!Tapi Baginda ttp mampu beribadah dgn baik.Kita?Kita borong makanan mcm-mcm sampai tak habis.mujur tak pengsan kekenyangan dan akhirnya jadi mcm ular sawa,penat keknyangan langsung
miss solat tarawih dan majlis ilmu.Malu...(pesanan buat saya sendiri)
- Apa nilainya puasa kita?
- Adakah ia membantu kita mengawal nafsu?atau kita sekadar berpuasa kerana mengikut adat?
p/s-jgn jadi ular sawa.Percaya la cakap saya,kalau dlm bulan ramadhan kita liat nak beribadah,maka bulan selepas ramadhan nanti kita akan 10 kali lebih liat dan susah.Berlatih la! :D