Mereka Contoh Untukku.

Mereka Contoh Untukku.
Setiap orang cenderung untuk mengkagumi dan meminati orang lain.Pelbagai faktor yg membuatkan seseorang itu suka dan minat pada org lain.Antaranya ialah melalui penampilan,rupa paras,fizikal,sifat,cara berkomunikasi,adab dan lain-lain termasuklah kekayaan seseorang itu.Seseorang yg meminati dan mengkagumi org lain akan selesa mengikut jejak org yg dia kagumi.Mungkin kalau bahas mudah,kita dpt ertikan sebagai 'role model'.


Bagi saya secara peribadinya,sy juga ada beberapa org yg saya kagum.Mereka ialah Baginda Rasulallah yg sentiasa di kedudukan teratas.Apa yg baginda buat,sewajibnya dan semampunya saya akan ikut dari sebesar-besar sunnah baginda hinggalah kpd sekecil-kecil sunnah.

Saya percaya bahawa setiap org pasti ingin mengikut jejak langkah Baginda saw kerana kita mengaku kita mencintai Baginda lebih dari lebih dari yg lain.Bersesuain dgn sabda Baginda;'Barangsiapa yg menghidupkan sunnahku bererti dia mencintaiku.Dan barangsiapa yg mencintaiku akan bersama dgnku di dalam syurga di hari kiamat kelak'.

Itulah cinta yg sejati.Iaitu cinta kpd Rabb dan kpd RasulNya.Saya juga mengkagumi dan menyanjungi para sahabat baginda yg bersama-sama di kala susah dan senang sentiasa setia di sisi baginda.Tiada sedikit pun kesal dan ragu-ragu terhadap kebenaran Baginda,berbeza dgn kita yg rata-rata di dihidap penyakit meragui kebenaran(haq).Para tabi'in(tak reti eja) yg mana merekalah org yg hebat dan teguh pegangan mereka pada agama Allah,para alim ulama yg luas ilmu dan pemahamannya serta kuat kecintaan mereka kpd Rasul.Terlalu jauh maqam mereka dibandingkan dgn kita...malu...

Panjang lagi senarai org yg sy kagum,tapi nak pendekkan cerita(senang org baca dan senang st menaip).Mereka ialah kedua ibubapa saya,alim ulama,ustaz-ustaz,guru-guru,adik beradik dan jiran tetangga saya.Saya tidak berhasrat utk bercerita tentang mereka kesemuanya namun sy cuma ingin berkongsi dgn para pembaca tentang 3 org yg sy kagum dri kalangan org awam.

Bagi org-org yg tinggal di Ara Damansara(khususnya Apt. Sri Ara),mereka pasti kenal akan 3 org ini.Salah seorang ialah Abang Abu Bakar.Beliau seorang yg zuhud.Benar-benar 'low profile'.Perwatakan Saidina Abu Bakar r.a sedikit sebanyak terdapat dlm diri beliau.Sejak setahun sy kenal beliau,mmg semua org menyenangi beliau.Apa yg saya suka dgn abg Abu Bakar ni ialah dia mmg seorg yg tersangat merendah diri.Sangat-sgt rendah diri.Dia berkawatan besar.Engineer yg pangkat tinggi di Telekom.Tak tahu la jwtan apa,tetapi mmg besar pangkat dia di Telekom.Tapi,kehidupan dia mmg terlalu sederhana.Duduk pun apartment aje.Kereta pun pakai kereta waja aja.Takde pun pakai baju mahal-mahal.Besar pangkat pun dia hanya suka berpakain t-shirt yg tak berjenama,seluar panjang dan kopiah ats kepala.Tapi kalau ada ustaz dtg kuliah kat surau dan buat kutipan derma,maka muka abg Abu Bakar ni la antara yg terawal sekali beri sumbangan.Dia sedekah sembunyi-sembunyi.Abg Abu Bakar pun jenis yg suka peramah.Dia suka beri kami nasihat.Tentang hal exam,pelajaran dan hal dunia.Dia juga selalu pesan tentang dakwah serta pengalaman dia.Nasihatnya yg paling saya tak boleh lupa ialah tentang usaha semasa study dan usaha di luar study.Iaitu taat kpd Allah,hampirkan diri kpd Allah maka Allah pasti akan bantu usaha kita dalam pelajaran.

Org yg kedua ialah Abg Sharif.Abg Sharif bekerja di syarikat sendiri sebagai engineer.Designer kalau tak silap.Hebat jugak la kerja dia ni.Tapi surau tak pernah miss.Solat berjemaah sentiasa dalam top list.Jubah dan kurta sbgai pakain harian dan kopiah tak pernah ditinggalkan.Hebat pegangan beliau pada sunnah Rasulallah yg mulia drpd sebesar-besar sunnah iaitu dakwah hinggalah kpd sunnah-sunnah yg kecil antarnya minum duduk,bersugi makan berjemaah dan mcm-mcm lagi la.Saya cukup kagum dgn peribadi beliau.Dia mmg agak pendiam tetapi bila di mula bersuara,tiada yg sia-sia dan merapu yg akan keluar dari mulut dia.Semuanya akan ada kaitan dgn agama.Seorang lagi yg begitu mulia akhlaknya dan begitu santun pekertinya.

Yang ketiga pula Abg Ikmal.Dia pun sama hebatnya kalau dinilai melalui pekerjaan duniawi.Dia bekerja sbgai ejen Etiqa Takaful.Seorang yg suka memberi nasihat dan suka mendapatkan nasihat.Apa yg saya suka dgn Abg Ikmal ini ialah walaupun umurnya 30-an,dia tak pernah malu utk mendapatkan nasihat kami.Dia seorang yg mengakui kelemahan diri sendiri.Jarang org yg sedia utk mengakui kejahilan dan kecetekan ilmu agama.Saya juga kadang kala susah utk menerima nasihat lebih-lebih lg drpd org yg lebih muda.Berbeza dgn Abg Ikmal,dia suka menerima nasihat.Seorang yg mengakui kelemahan diri dan sentiasa berusaha utk mencapai maqam org-rg soleh.Dia juga seorang yg kuat kebergantungannya dgn rezeki Allah dan antara ayat yg mesti akan dia cakap setiap kali kami berborak dgn dia ialah,'kita jaga Hak Allah,Allah mesti akan hak kita.Tak payag risau'.Selain itu,saya juga mngkagumi sifat sabar yg dimiliki beliau.Kisahnya,dia pernah ditipu org dgn sejumlah besar wang,namun dia redha tetapi dlm masa yg sama dia berusah utk menuntut keadilan di mahkamah buatan manusia.Tiada kata nista,takde pula carut-mencarut,hina-menghina dan berputus asa kerana dia yakin dgn prinsip 'jika kita jaga hak Allah,maka pasti Allah akan jaga hak kita'.

Sangat-sangat bertuah sy dpt bergaul rapat dgn mereka.Itu yg seronok bila kita selalu berkumpul di rumah Allah,maka Allah pun akan satukan hati-hati kita bersama-sama dgn org-org yg soleh seperti mereka.Kebaikan mereka sewajarnya saya contohi dalam masa sy meniti usia remaja yg cubaannya cukup hebat.Kadang-kadang terkandas jga,tapi Allah sentiasa menerima hambaNya.Terima kasih Ya Allah...dan terima kash Ya Allah kerana memneri aku abang-abang(dari kalangan family dan org awam sekeliling) yg soleh yg mematangkan aku utk lebih mencintaiMu.terima kasih...

sister in SECULARISM...(SIS)

sister in SECULARISM...(SIS)
Sehingga kini, hukuman ke atas Kartika, model yang mengaku salah meminum arak dan dijatuhkan hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Syariah Pahang, masih belum dilaksanakan. Kartika yang mengaku telah insaf dan redha disebat masih tidak berganjak dari pendiriannya. Namun ada pihak lain yang terpekik terlolong ingin membela nasib Kartika kerana hukuman sebat tersebut yang dikatakan zalim ke atas wanita. Siapa lagi kalau bukan Sisters in Islam (SIS) dan sekutu-sekutu mereka dari aliran liberalisme? Dari mula kes ini diputuskan lagi, SIS telah berkokok di sana sini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah hingga mereka akhirnya memfailkan satu permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah penggantungan atau pindaan atau pembatalan terhadap pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika.



Tidak cukup dengan itu, satu perisytiharan bersama telah dikeluarkan oleh Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) yang terdiri daripada SIS, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Women's Aid Organisation (WAO), All Women's Action Society (AWAM) and Women’s Centre for Change, Penang (WCC); Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM).sila baca di sini. Dari kenyataan bersama ini, tidak ada lain yang terzahir darinya kecuali wajah hodoh SIS dan golongan liberal yang semakin terselak dengan menampakkan segala kudis dan kurapnya.

Dalam menangani isu Kartika ini, sebagai Muslim kita hendaklah sedar bahawa hukuman 6 sebatan yang altdijatuhkan oleh mahkamah syariah bukanlah hukum Islam. Sememangnya tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan keputusan mahkamah tersebut kerana mahkamah telah jelas-jelas menjatuhkan hukuman sekular berdasarkan enakmen syariah negeri Pahang yang tunduk kepada Perlembagaan Persekutuan. Kedua-duanya merupakan undang-undang buatan manusia yang bercanggah seratus peratus dengan Al-Quran dan Sunnah. Kejahilan dan kekeliruan SIS adalah apabila mereka menganggap bahawa hukuman 6 sebatan itu sebagai hukuman syariah. Ini jelas dari kenyataan mereka yang berbunyi,

“Jika hukuman sebat dilakukan ke atas seorang wanita di bawah undang-undang Syariah, ia akan mewujudkan satu preseden yang buruk di Malaysia - terutama sekali apabila kaum wanita telah dinyatakan dengan jelas - tidak boleh disebat di bawah S289 Kanun Acara Jenayah”.

Dari kenyataan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa SIS bukan sahaja menolak hukuman 6 sebatan, malah mereka menolak hukum syariah dan mereka lebih rela berhukum dengan hukum taghut buatan manusia di bawah Kanun Acara Jenayah! Firman Allah SWT,

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].

Kita semua maklum bahawa hukuman ‘sebat’ (dengan jumlah yang betul) adalah sebahagian dari hudud Allah, namun kita menyaksikan betapa jahil, angkuh dan sombongnya SIS yang langsung tidak mahu hukuman sebat dan hukuman syariah dijatuhkan ke atas wanita. Jika dengan hukuman 6 sebatan tersebut SIS telah pun meracau dan merapu tak tentu hala, apatah lagi jika hukuman Islam sebenar (yakni) 40 atau 80 kali sebatan dijatuhkan? Tentunya SIS akan semakin dirasuk syaitan. Alangkah beraninya SIS menolak hukum Allah!

__SIS – Rosak Lagi Merosakkan__

Lebih buruk, dalam kenyataan mereka, SIS dan sekutu-sekutu liberalnya menyatakan bahawa

“Sebagai pembela hak asasi manusia, kami berkomited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi beliau serta juga mereka yang lain dalam keadaan yang serupa, serta untuk memastikan bahawa tidak terdapat kemerosotan standard hak asasi manusia di Malaysia. Keputusan yang dibuat oleh Kartika boleh dibandingkan dengan keputusan yang dibuat oleh balu beragama Hindu pada masa lampau. Amalan ‘sati’ (kini terlarang di India) di mana balu yang masih hidup dibakar bersama-sama mayat suaminya.”

Apakah patut pengakuan dan redha Kartika untuk disebat dibandingkan dengan undang-undang Hindu yang sesat lagi menyesatkan? Secara logiknya SIS yang memperjuangkan hak wanita sepatutnya bersetuju dan memberi sokongan padu kepada Kartika untuk menjalani hukuman tersebut, ini barulah dikatakan membela wanita. Sebaliknya, kita melihat betapa songsangnya SIS yang kononnya ingin membela wanita, namun mereka sendiri telah menafikan hak wanita (Kartika) yang telah rela dirinya dihukum. Dari sini jelas bahawa SIS sebenarnya bukannya membela wanita, jauh sekali menjadi pembela Islam, tetapi sebenarnya SIS adalah pembela hukum kufur! SIS sesungguhnya adalah pembela ‘hak asasi’ yang berasal dari Barat. Hak asasi manusia (human rights) merupakan senjata yang diciptakan oleh kuffar Barat untuk mengelirukan dan menjauhkan umat Islam dari hukum Islam. Dengan adanya konsep ‘hak asasi’, Barat telah berjaya menjadikan ‘standard’ atau pegangan hidup seorang Muslim untuk dinisbahkan kepada hak asasi, bukan lagi dinisbahkan kepada hukum syarak. Betul atau salah sesuatu perbuatan atau hukuman itu hendaklah diukur dengan hak asasi, bukannya dengan Al-Quran dan Sunah. Inilah kehendak Barat dan inilah perjuangan yang dibawa SIS (yakni) meninggikan atau memartabatkan hak asasi manusia dengan meninggalkan Al-Quran dan Sunnah.

Lebih jauh, kenyataan media tersebut menyebut

“Kami menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap hukuman sebat dan bentuk hukuman dera yang lain sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.”

altSekali lagi SIS menggunapakai undang-undang taghut hak asasi manusia antarabangsa sebagai hujah. Sedangkan telah nyata bahawa deklarasi hak asasi manusia yang diasaskan pada tahun 1948 itu adalah sebuah prinsip yang dicipta oleh kuffar Barat. SIS nampaknya telah menjadikan orang-orang kafir (yang mewujudkan deklarasi) sebagai ‘kayu ukur’ dalam menentukan kesesuaian sesuatu hukuman. Di manakah SIS letakkan Al-Quran dan al-Hadis? Butakah SIS bahawa perbuatan meminum minuman syaitan itu sendiri adalah suatu yang tidak bermaruah menurut Islam? ‘Perbuatan’ terkutuk itu tidak pula dipersoalkan oleh SIS (dari segi bermaruah atau tidak), sebaliknya ‘hukuman’ ke atas peminumnya pula yang dipersoalkan. Tidakkah SIS pernah mendengar sepanjang hidup mereka bahawa Allah SWT berfirman,

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

Jadi, siapakah pihak yang kejam di sini? Orang yang ingin berhukum dengan hukum Allah, atau pihak SIS yang ingin berhukum dengan hukum hak asasi manusia antarabangsa?

SIS menganggap hukuman sebat sebagai mencabul hak asasi manusia dan tidak berperikemanusiaan. Inilah pendapat SIS yang ‘sefikrah’ dengan orang-orang kafir dalam perjuangan hak asasi manusia. Anehnya SIS tidak pula mempertikaikan atau memperjuangkan penghapusan sebat yang telah lama wujud dalam kes sivil, yang jauh lebih kejam cara pelaksanaannya. Namun, bila hukuman tersebut ada ‘unsur syariah’, maka SIS terus mempertikaikannya. Hati SIS nampaknya benar-benar telah tertutup dari memahami ayat-ayat Allah,

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan; dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” [TMQ an-Nur (24):2].

Betapa jauhnya SIS dan sekutu-sekutunya terpesong dari kebenaran. Alangkah sesatnya cara berfikir golongan liberal ini yang menjadikan pemikiran kufur Barat sebagai sandaran hukum dengan mengenepikan nas-nas sahih dari Al-Quran dan Hadis. Sesungguhnya golongan inilah yang disayangi dan dimuliakan oleh Barat, dan menjadi agen mereka dalam usaha mereka untuk menghancurkan Islam. Bertambah malang, apabila para pemimpin sekular tetap membenarkan golongan ini bergerak di dalam masyarakat, malah menyokong serta memberi bantuan kepada pergerakan ini.

__SIS Penyokong Sekular__

altSejarah Islam telah merakamkan berapa ramai pesalah wanita yang mengaku dengan kesalahan yang mereka lakukan dan redha dengan hukuman sebat ke atas mereka. Hal ini menunjukkan ketundukan mereka kepada hukum Allah dan kesedaran mereka akan azab Allah di Akhirat. Kes perempuan Ghamidiyyah sebagai contoh, demi untuk meraih keredhaan Allah SWT dan kebahagiaan di akhirat, Ghamidiyyah telah mengakui perzinaannya dan bersedia untuk dihukum. Beliau mendatangi Rasulullah SAW untuk disucikan (dari dosa) dengan meminta Rasulullah menjalankan hukuman rejam ke atasnya yang telah berzina. Ghamidiyyah kemudian direjam hingga mati. Rasulullah SAW seterusnya bersabda,

“Sungguh dia telah bertaubat, seandainya dibahagi (taubatnya) antara 70 penduduk Madinah, sungguh akan mencakup semuanya.”

Seorang Muslimah yang sedar dan takut akan azab Allah di Akhirat, akan pasti meminta agar Negara menjatuhkan hukuman Allah ke atas kesalahan mereka semasa di dunia agar seksa akhirat bagi mereka gugur, sebagaimana permintaan Ghamidiyyah kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, sucikanlah aku!” Mereka mengakui kesalahan yang mereka lakukan dan mahu dihukum menurut hukum Allah sehingga mereka terlepas dari azab Allah di Akhirat. Mereka rela menanggung sakitnya had Allah di dunia, kerana takut akan azab Allah yang lebih berat menanti di Akhirat. Inilah sifat seorang Muslimah yang beriman kepada Allah, tidak sebagaimana SIS yang bukan sahaja tidak redha dengan hukuman syariah, malah menentangnya habis-habisan dan ingin diganti dengan hukum kufur buatan manusia! Masya Allah!

Kita mengingatkan SIS dengan Firman Allah,

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Wahai Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” [TMQ An Nisa’ (4):65].

Kita wajib yakin bahawa hukuman yang wajib dijalankan ke atas Kartika adalah had Allah, sama ada 40 atau 80 kali sebatan. Dan hudud Allah sama sekali tidak boleh diubah, dipinda atau dihapuskan. Hudud adalah hak Allah dan wajib dijalankan biarpun golongan kafir, munafik, golongan liberal dan sekular membencinya sekalipun. Berdasarkan ayat ini, jika seseorang itu menolak hukum Allah dan Rasul, serta tidak pasrah/redha kepadanya, maka tidak ada lagi keimanan dalam diri seseorang itu.

Selain mendedahkan kesongsangan pemikiran SIS, kami juga ingin mengingatkan kepada golongan wanita mahupun lelaki mahupun gerakan Islam yang bersetuju dan menyokong Kartika untuk menjalani hukuman 6 sebatan, sedarlah bahawa hukuman 6 sebatan yang akan dijalani oleh Kartika itu bukanlah hukuman Islam dan kita tidak boleh bersetuju dengannya. Kita sewajibnya bersetuju jika hukuman yang dijatuhkan adalah benar-benar hukuman hudud yakni sama ada 40 atau 80 kali sebatan. Sekiranya kalian adalah golongan yang ingin memperjuangkan hukum Allah, janganlah berjuang di jalan yang keliru. Dalam kalian memperjuangkan hukum Allah, janganlah terjerumus dengan tindakan atau kelakuan yang sama seperti mana golongan liberal/sekular yang membelakangkan undang-undang Allah dan Rasul. Dalam pada kita tidak bersetuju dengan SIS yang menolak hukum syariah, janganlah pula kita terkeliru dan bersetuju dengan hukuman 6 sebatan yang hakikatnya juga bukan hukum syariah. Sesungguhnya hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan oleh mahkamah juga adalah hasil produk sekularisme. Hukuman itu bukannya datang dari Quran dan Sunnah, tetapi hasil produk pembuatan undang-undang di Parlimen di bawah sistem demokrasi yang membenarkan manusia membuat undang-undang dengan suara majoriti.

Allah Azza wa Jalla mengingatkan kita,

Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” [TMQ al-Ahzab (33):36].

Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah semata-mata. Manusia, baik lelaki mahupun wanita tidak ada hak untuk memilih hukumnya sendiri. Siapakah SIS yang ingin mempersoalkan hukum Allah? Malah lebih hina, SIS sanggup mengatakan undang-undang syariah sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak bermaruah. Alangkah dahsyatnya pemikiran sekular yang ada pada SIS sehingga ke tahap mereka ingin merubah hukum Allah. Sesungguhnya SIS bukanlah pembela wanita, sebaliknya pembela hawa nafsu yang mahu menundukkan Islam mengikut kehendak mereka. Demi Allah! SIS sebenarnya bukanlah pembela Islam, sebaliknya mereka adalah pembelot Islam. SIS langsung tidak layak untuk digelar Sisters In Islam, namun selayaknya mereka digelar Sisters In Secularism!

__Khatimah__

Wahai Sisters In Secularism! Tidak pernahkah kamu takut dan bertaubat kepada Allah, yang menciptakan kamu dari tidak ada kepada ada, dari setitis air mani kemudian menjadi segumpal daging dan kemudian Allah meniupkan ruh (ciptaan)Nya kepada kamu dan dengan ruh itu kamu hidup. Setelah itu kamu dilahirkan ke dunia melalui rahim ibu-ibu kamu. Allah membesarkan kamu dan memberi rezeki kepada kamu. Dan Allah mengurniakan akal kepada kamu yang tidak dikurniakanNya kepada binatang. Namun, akal itu kamu gunakan untuk mempertikaikan dan merubah hukum Allah, bukan untuk memahaminya dan menerapkannya. Tidak takutkah kamu kepada Allah, Zat Yang Maha Kuasa yang akan merentap nyawa kamu dalam masa sesaat sahaja. Kemudian kamu akan ditelan bumi dan Allah akan bangkitkan semula kamu untuk disoal dari segala perbuatan yang telah kamu lakukan di dunia ini. Pada hari itu, hanya Allah sahajalah yang berkuasa mengampuni segala dosa-dosa kamu, jika Dia menghendakinya. Dan pada hari itu Allah jualah yang pasti akan mengazab kamu, jika Dia menghendakinya. Maka, tunggulah keadilan Allah ke atas kamu pada hari itu..

****************************************

Bila kejahilan berleluasa dan kuasa pemerintahan berada pada pemerintah-pemerintah yg munafik dan zalim,maka inilah kesannya!Kadang-kadang saya rasa mcm tak sabar nak mati sbb sedih dan kecewa dgn maksiat yg tersangat2 berleluasa.Semua org jahil!org yg celik dan tak jahil pula taknak menyedarkan org lain wlpun ada,sedikit saja yg berjuang.Tetapi bila mengingatkan dosa-dosa yg banyak serta amalan yg sedikit,takut pula utk mati.Ya Allah,selamatkanlah semua org yg membaca artikel ni,yg tak membaca,yg sedang buat amal solah mahupun yg sedang buat maksiat kpdmu sekarang agar mereka bertaubat dan kembali kpd ajaran islam yg sebenar dan syummul.Ayuh,kita menuntut ilmu agar kita dpt mengikut islam sebenar yg dibawa oleh Rasulallah dan terpelihara dr sekular yg menyesatkan ini.Amin Ya Allah...Amin ya Rabbal alamin..

Suka berkongsi?Raya pun snggup kongsi jugak ke?

Suka berkongsi?Raya pun snggup kongsi jugak ke?
Rumah Terbuka Malaysia!Dewasa ini kita didedahkan dgn konsep rumah terbuka Malaysia.Rumah terbuka yg dijalankan secara besar-besaran dan disambut bersama-sama oleh semua rakyat Malaysia yg berlainan akidah dan pegangan.Setiap perayaan yg disambut akan dismbut dgn mewah dan besar-besaran.Konsep kongsi ini,atau lebih tepat dikenali sbgai 'kongsiraya' ini menjadi seolah-olah satu alat pengukur perpaduan yg selama ini tidak pula pernah umat islam sebelum kita kenal.Setahu saya,kat Malaysia sahaja org-org sggup 'kongsiraya'.Tak tahu la pulak kot-kot tempat lain ada.Ada tak?

Islam melarang keras kaum muslimin melibatkan diri dlm perayaan org-org kafir.Apa saja bentuknya seperti menghadiri rumah terbuka,mengucapkan selamat,memberi hadiah,menghadiri smbutan majlis mereka hatta di tepi jalan,mengirimkan kad dan sebagainya.Semuanya dilarang oleh islam.Lebih buruk lagi apabila umat islam sendiri yg menganjurkan perayaan itu utk mereka!Maksud 'perayaan' di sini ialah segala bentuk hari raya,hari suci dan semua hal yg berkaitan dgn akidah mereka dan kepercayaan mereka,baik kafir musyrik mahupun kafir ahli kitab.

Ini didasari dgn firman Allah Ta'ala,"Dan mereka (yg diredhai Allah itu ialah org-org)yang tidak menghadiri tempat-tempat yg melakukan perkara-perkara yg dilarang,dan apabila mereka melewati (org-org)yg mengerjakan perkara-perkara yg tidak berfaedah itu,mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan diri."al-Furqan(25:72)

Dari ayat ini,ramai fuqaha' yg menyatakan haramnya menghadiri perayaan/hari suci org kafir.

Antara beberapa pendapat ulama yg masyhur
  • Imam Ahmad Bin Hambal-'Kaum muslimin telah diharamkan utk merayakan hari raya org-org Yahudi dan Nasrani'
  • Imam al-Amidi dan Qadhi Abu Bakar al-Khalal-"Kaum muslimin dilarang keluar menyaksikan hari raya org-org musyrikin dan org kafir".
  • Al-Qadhi Abu Ya'la al-Fara'-"Kaum muslimin telah dilarang utk merayakan hari raya org-org kafir atau musyrik"
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyyah-"Sebagaimana mereka kaum musyrikin dilarang utk menampakkan syiar-syiar mereka,maka tidak diperbolehkan pula bagi kaum muslimin menyetujui dan membantu mereka menzahirkan syiar mereka serta hadir bersama mereka.Demikian menurut kesepekatan ahli ilmu"
  • Abu al-Qasim al-Thabrani-Tidak boleh kaum muslimin menghadiri perayaan mereka kerana mereka berada dlm kemurkaan dan kedustaan(zawr).Apabila ahli makruf bercampur dgn ahli mungkar,tanpa mengingkari mereka,maka ahli makruf itu meredhai dan terpengaruh dgn kemungkaran itu.Maka kita takut murka Allah yg akan turun merangkumi umum.
  • Abdul Malik bin Habib-"Tindakan membantu mereka dlm perayaan mereka penghormatan atas kemusyrikan mereka dan membantu kekufuran mereka.Sepatutnya penguasa melarang kaum muslimin melakukan perbuatan tersebut.Ini ialah pendapat Imam Malik dan lainnya dan aku tidak mengetahui perselisihan tentang hal itu"
Pada zaman pemerintahan islam,kaum muslimin sejak dahulu lagi dilarang merayakan perayaan kaummusyrik dan ahlul kitab.Dari Anas R.A bahawa ketika Rasulullah SAW dtg ke Madinah,penduduk disana menyambut perayaan Mahrajan dan Nairuz seperti kebiasaan kaum Rom dan Parsi.Baginda bertanya,"Apakah dua hari ini?".Mereka menjawab,"Kami berseronok dalam dua hari ini.".Sabda Baginda,"sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dgn hari yg lebih baik dari dua hari tersebut iaitu hari raya al-Adha dan hari raya al-Fitr".[hadis riwayat Ahmad,Abu Daud,Nasa'i dan Al-Baghawi]

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab juga beliau melarang kaum muslimin merayakan perayaan org kafir.Imam Baihaqi telah menuturkan sebuah riwayat dgn sanad sahih dr Atha' bin Dinar bahawa Umar ra pernah berkata,'Janganlah kalian memasuki kaum musyrik di gereja-gereja pada hari raya mereka.Sesungguhnya murka Allah akan turun kpd mereka pada hari itu".Beliau juga berkata,'Jauhilah musuh-musuh Allah pada hari raya mereka'.

_____saya ulang agar jelas______
Melibatkan diri itu termaksuklah seperti mengucapkan selamat,menghadiri rumah dan majlis-majlis mereka,memberikan kad dan hadiah,atau paling buruk menganjurkan perayaan utk mereka dan sebagainya.

Perayaan mereka pula bermaksud apa-apa saja perayaan,hari raya,hari suci dan apa saja hari yg berkaitan dgn akidah,kepercayaan dan agama mereka.Jika perayaan budaya seperti pesta wau bulan,pesta laut,pesta durian ke..ataupun smbut hari merdeka,smbut tahun baru(asal jgn melampau sudah) dll yg tidak melibatkan akidah atau ketuhanan maka tiada masalah kita sambut.

Tindakan kita melibatkan diri dlm perayaan mereka bererti seolah-olah kita redha dan cenderung dgn kemungkaran besar,paling besar iaitu mensyirikkan Allah!Padahal Allah telah megingatkan,"Dan janganlah kamu cenderung kpd org-org yg zalim yg menyebabkan kamu disentuh api neraka,dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain drpd Allah,kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"[Hud(11:113)].

Jelas sekali bahawa akidah kita berbeza dgn mereka!tetapi jika kita sama-sama sambut hari suci mereka,tidakkah kita ini sama sahaja akidah seperti mereka?
Tiada 'gabungan' dalam urusan agama!

'Katakanlah kpd org kafir...bagimu agamamu dan bagiku agamaku'
[al-Kafiruun(109:6)]

Semalam kat FB ade org tanya saya pasal rumah terbuka org india:
Contoh la kan,kalau ada org india ajak dtg umah makan-makan(rujuk balik hukum,haram dtg umah terbuka)
pendapat saya..kita tolaklah dgn baik.Kita terangkan kpd mereka bahawa agama kita tak benarkan kita join mereka smbut raya.
Kalau kita tak berani sebab takut dilabel sbgai ekstrem dlm agama(org jahil sahaja akan labelkan sebegitu),maka berilah alasan yg muhasabah utk menolak sprt cuti-cuti ni nak berehat or bawak anak bini jalan-jalan,balik kampung dll.Buatlah helah utk mengelak.
Boleh kan?
Lepas abis raya dtg la borak-borak,bwk hadiah pujuk dia balik kalau2 dia terasa sbb kita tak join.Takde masalah beri hadiah kat org kafir,tapi bukan sbb perayaan diorg.

***Salin semula dan sedikit edit dari nasyrah mingguan hizbur tahrir,mykhalifah.com keluaran 16 0ktober 09**

P/S-->
Kalau tak paham gak atau tak puas hati,rujuklah ustaz-ustaz,tuan guru dan alim-ulama yg lebih mengetahui.Semoga Allah bagi kita kefahaman agama.Teruskan menuntut ilmu smpai kita mati.Insyaallah